Tuesday, 19 February 2013

Semester 4 Bermula Hari Ini..

Assalamualaikum..

Hari ni saya dah mulakan kelas untuk semester 4.. Sepatutnya dari semalam lagi kelas saya dah start.. Tapi sebab semalam baru saya panjat tangga bas Mara Liner tu, pukul 9 pagi, jadi nak tak nak saya dah ter"burn"kan satu hari kuliah.. Memang dari awal lagi saya plan nak naik bas balik KL hari Isnin, sebab kalau balik hujung minggu, boleh migrain saya nak berasak-asak dengan ratusan, mungkin ribuan manusia yang berpusu-pusu bertumpu di satu tempat yang sama pada hari yang sama. So bila saya balik weekday, kemungkinan untuk sesak tu sikit je.. Alhamdulillah perjalanan memang lancar seperti yang dirancang. Tepat-tepat bertolak dari kedah jam 9.00 pagi, jam 4.00 petang tepat sampailah saya di stesen Puduraya tu..

Ok, dah selesai bab naik bas, sambung pasal kelas hari ni. Kelas saya untuk hari ni (Selasa) dengan Khamis, bermula seawal jam 8.00 pagi.. Uwarggghhh!!! Sama macam semester lepas jugak.. "Paginyaaaaaaa...." itulah respon akan-rakan yang tak ambil subjek tu, Sejarah Pendidikan di Malaysia. Tapi apa boleh buat kan, itulah satu-satunya subjek bahagian B, kursus yang takde nak clash dengan mana-mana kelas lain.

Masuk kelas hari ni, saya tengok tak ramai classmate yang lain datang penuhkan kelas.. Yelaa.. Inikan masih dalam minggu add and drop courses.. So, kedatangan secara rasmi belum diambil.. Isnin depan barulah dikira kedatangan dan disahkan dalam sistem. Sebab tulah selamber yeyeah nye saya ponteng satu kelas, sebab immunity saya masih full hahahah...

Dan apabila kedatangan masih belum dikira, maka kebanyakan kelas hari ni end up dengan lecturer tidak masuk lagi dalam kelas, kalau masuk pun, hanya diberikan briefings dan profoma. Dr. Ahmad Kamal pun tak masuk untuk kelas Sejarah Pendidikan hari ni, sebab hari ni di fakulti ada satu event besar yang diadakan dan melibatkan hampir semua pensyarah di Fakulti Sains dan Sastera untuk turut serta. Event tu adalah Seminar Politik dan Pilihanraya Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 anjuran Pusat Kajian dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL). Para mahasiswa/mahasiswi pun digalakkan untuk masuk dan join seminar tu yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Jadi bila dah Dr. Kamal tak masuk hari ni dewan kuliah, pukul 8.30 tu saya dan sahabat saya, Kalsyima, kami ambil keputusan untuk keluar dan terus masuk ke dewan seminar.


Alhamdulillah, seminar yang berlangsung hampir 4 jam itu banyak memberikan input yang berguna pada kami, para mahasiswa dan generasi muda dalam pendedahan tentang landskap politik dan bahang PRU-13 yang tinggal tak berapa lama lagi. Dalam seminar ni juga ada diramalkan parti mana yang akan dapatkan kemenangan dan berdasarkan survey yang dikeluarkan oleh UMCEDEL, bagaimanakah pemikiran masyarakat di Malaysia hari ini dalam memperkatakan tentang politik dan apakah pandangan mereka terhadap pemimpin sama ada dalam kalangan Parti Perikatan mahupun Pakatan Rakyat. 

Kemudian diadakan pula sesi pembentangan dan interaksi dengan media dari Harakah Daily, Sinar Harian dan juga Malaysia Kini sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan berita yang tuntas dan telus kepada rakyat berkenaan dengan suasana pemerintahan hari ini. Sangat menarik, memang banyak sangat perkara penting yang berlaku dalam negara kita ni yang jarang-jarang kita, I mean saya mahasiswa, generasi-y ini untuk explore perkara-perkara yang membawa kepada jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh mana-mana pucuk pimpinan.
 
Ada tiga slot semuanya tapi saya cuma sempat masuk untuk slot pertama dan kedua sahaja. Slot ketiga saya tak ada kesempatan sebab ada urusan yang saya  nak selesaikan di Kompleks Perdana Siswa. Nak beli barang, nak ambil kad bas, sebab kalau saya tunggu habis slot ke-3, nanti tak sempat pulak sebab seminar tu tamatnya seawal jam 5.00 petang. Lagipun jam 5.30 tu saya ada kelas ko-k. Itupun masa dalam dewan seminar untuk slot pertama dan kedua pun saya mengelisah tengok jam tak henti-henti sebab takut tak sempat nak solat sebelum masuk kelas Sejarah Wanita jam 1.00, jam 2.00 dah nak start slot ketiga.. Nak solat lagi, kad bas lagi, barang nak beli.. Tu sebabnya at the end saya cakap kat sahabat-sahabat saya yang saya tak dapat join, lagipun takkanlah saya nak masuk masa tengah seminar kan, tak nak lah mengganggu majlis.

Tapi slot yang ketiga tu la yang menarik, sebab ada tetamu khas dari parti-parti politik utama seperti YB Dato' Saifuddin Abdullah (BN) YB Kamalanathan (MIC), YB Nurul Izzah Anwar (PKR), dan YB Husam Musa (PAS).. Maknanya akan ada pemerhatian daripada pelbagai perspektif tentang masa depan politik negara kita dan apa yang rakyat perlu, apa tanggungjawab pemimpin dan apa juga tanggungjawab rakyat.


Haa.. Inilah kad bas semester 4 ni.. Agak kekartunan sikit berbanding kad untuk semester yang lepas, tapi saya suka la.. warna kad tu, betul-betul buat saya rindu kampung saya, hijau kuning tanahku, negeri Kedah negeriku.. baru sampai UM dah homesick balik.. huhuhu... Y_Y

Nak pergi kelas pun sempat lagi pose2 sambil review jadual kuliah sebelum keluar pukul 7.30 pagi tadi, bajet sangat.. :P

Yelah, sampai sini dulu.. nanti kita sharing caring lagi k.. Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day,

"Great things are done by a series of small things brought together.."

No comments:

Post a Comment