Tuesday, 24 July 2012

Tidak!!! Hentikan gosip di dalam surau!!!!

Assalamualaikum, semua.. Semoga sihat dalam pemeliharaan-Nya..

Sebelum tu, maaf ye kalau post kali ni kurang menyenangkan, tapi.. Inilah apa yang saya rasa, saya pun tak senang dengan situasi ni.. Situasi apa??

Aduh.. Terpaksa mendengar golongan para ibu dan suri rumahtangga bergosip sewaktu menunggu untuk solat terawikh berjemaah di surau Taman Mahsuri tu. Apakan daya, saya tersepit di tengah-tengah antara makcik-makcik tu.

Semuanya gara-gara orang belakang yang menyuruh saya memenuhi ruangan saf di hadapan. Kebetulan masa tu saya je yang paling muda yang ada di saf tersebut. Muslimat sebaya saya ada yang masih belum datang, kenalan-kenalan rapat yang biasanya bersama-sama saya ke surau tu sebelum ni kebanyakannya segan nak datang terawikh malam ni, letih, ada urusan lain, err.. faham-fahamla.

So, tinggallah saya seorang yang paling muda di situ (macam yang saya cakap tadi). Adalah tiga-empat orang jiran yang agak rapat, jadi saya bersama-sama mereka memenuhi barisan solat di hadapan. Dalam tengah termenung (macam biasa) ambil menunggu siak untuk azan solat Ishak, Tiba-tiba makcik yang kat sebelah kanan tu menyendeng kat sebelah saya, memanggil-manggil makcik yang duduk di sebelah kiri saya.. Lagi sekali, susuk kiri saya disendeng makcik itu. Rasa macam daging burger yang kena kepit dengan dua potong roti untuk dijadikan sandwich.. Aduh, tahulah badan saya ni comel, tapi kedua-dua suri rumah yang menindih badan saya dari tepi tu pun boleh tahan comel jugak.. Semput sekejap menahan nafas bila dihimpit. Lepas tu mulalah mereka bergosip.

"Eh, tak dengar cerita ke petang tadi?" yang sorang lagi pun jawab.

"cerita apa? takdak pun, kita sibuk masak lauk kat rumah sehari suntuk ni,"

"Alah, takkan tak dengar, riuh satu lorong rumah tu tadi si ****** tu bergaduh dengan si ######.."

"Lah, iya ka? Bila?? Tak dengar apa-apa pun pasal tu. Teruk tak. Apa jadi lepas tu?"

Haa.. Lepas tu saya dah tak dengar apa-apa lagi dah, sebab saya cepat-cepat sumbat jari dalam telinga, malas nak dengar. Nanti dengan saya yang tak tahu apa-apa ni pun dapat dosa subahat dalam acara godip-bergosip.. Keadaan kembali normal bila tok siak mengumandangkan azan. Fuh, lega.. Hilang satu beban.

Tapi, tapi, tapi.. Oh, Allah.. Apa dosa saya kali ni.. Sekali lagi saya dihimpit oleh kedua-dua kaum hawa beranak tiga itu (hah, patutla sebulu.. kebetulan betul!) sempat lagi menyambung kegiatan yang tidak mengurangkan kolesterol itu. Ada ke patut, habis je imam cakap "amin, ya rabbal 'alamin.."
tak sampai seminit mula soseh-soseh sambung gosip yang ter"pause" tadi..

Masa tu nak je saya menjerit.. "Makcik, saya tak boleh bernafas!!" pastu nak je saya cakap "Makcik, dilarang bergosip di sebelah saya.." eh, bukan.. "Makcik, dilarang bergosip di dalam surau.. Lebih penting, dilarang bergosip di mana-mana.." Tengoklah akibatnya, sekarang saya pun tengah bergosip pasal sikap makcik-makcik yang suka bergosip.

Haih, penatnya kena himpit.. huhu.. O_Q..
Bulan Ramadhan ni sepatutnya kita berpuasa segala-galanya, puasa makan, minum (itu jangan cakapla), yang lain-lain ni. Mulut, nafsu, hati.. itupun perlu dididik supaya berpuasa daripada, apa-apa aje la yang negatif, bergosip salah satu..

Bila imam cakap supaya kami semua rapatkan saf, makcik yang duduk di saf hadapan sekali, lebih tepat, di hadapan saya meminta saya bertukar tempat dengannya. Alasannya, dia tak tahan dengan keadaan di saf hadapan yang panas kerana kipas hanya berada di kedudukan belakang saf.. Saya sanggup, masa tu jugak kami bertukar tempat. Takpelah, saya tak kisah pasal ni, biarlah saya berpanasan, berpeluh sebab tak berkipas daripada saya kepanasan dihimpit-himpit macam nasi impit.. Its ok, I totally doesn't mind at all..

Haa.. Nak tahu tak, masa saya nak bangun untuk pergi ke saf hadapan, dengan tidak sengajanya saya ter.. I repeat, saya ter..pijak kaki makcik yang kat sebelah kiri saya tu.. Alamak.. Aduh, sakit tak makcik.. "Aduh, duh, duh.." makcik tu mengaduh, tapi perlahan je.. saya pun.
"Eh, sorry, sorry.. maaf ye makcik, tak sengaja,.." Seriously memang saya tak sengaja.. tak sengaja, sebab tak perasan, tak perasan, sebab kaki kebas, kebas.. sebab kena himpit dengan makcikla.. cakap dalam hati je la.. Yang tua dihormati.. hehe..

Balik rumah, sambil tulis post ni, saya story mory la dekat emak.. ketawa besarlah emak dengar cerita saya.. Saya pun nak ketawa jugak, tapi saya tahan, sekali dengan tahan geram. wahh, kalaulah mereka lagi muda dari saya, memang kena sound direct sorang-sorang.. Haih, sabar jela.. sabar-sabar.. Emak jugak yang selesa terawikh sendiri dekat rumah.. Atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan, mak tak mampu solat selain di atas kerusi, tak dapat nak rukuk lepas operation perut tahun lepas.. Tapi kesian jugak, sebab emak selalu cakap, lain suasananya bila solat brjemaah dengan solat seorang diri.. Mother, you are always right..

Tapi itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus ke surau malam esok.. Cuma, tengoklah, pengalaman hari ini menjadikan saya lebih berhati-hati.. Saya tak kata saya baik, sempurna.. Tapi, SAYA TAK SUKA KENA HIMPIT!!!!! tu je.. hahahaha... ^^

Ok, selamat berpuasa semua. Ingat, tak mau gosip-gosip dalam surau.. Nanti malaikat kutuk.. Arwah tok wan yang cakap.. Maassalam.. =)

No comments:

Post a Comment