Assalamualaikum.. Sejahtera ke atas Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam..
Perkongsian hari ini adalah tentang hikmah-hikmah secara saintifik dalam pergerakan solat yang disyariatkan oleh Allah swt dalam ibadah seharian. Seperti yang kita tahu, setiap perintah yang diturunkan itu tidak ada yang sia-sia.. Untuk pengetahuan anda, solat terbukti menyihatkan tubuh badan kita baik secara fizikal mahupun spiritual.. Dengan teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari, dan kajian yang dilakukan dari semasa ke semasa, jelaslah fakta ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Hikmat Pergerakan Dalam Solat..
Berdiri.
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara ortopedik. Rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstrimiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
Takbir.
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
Rukuk.
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju itidal, member tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat (bagi lelaki). Takpe nak berkongsi ilmu, buang sekejap rasa malu.. huhuhu..
Sujud.
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah kea rah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini akan menyebabkan pengembalian darah menuju jantung menjadi lebih mudah.
Duduk Iftirasy.
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis akan meningkatkan mengeluaran peluh. Ianya mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.
Transisi.
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari akan mempengaruhi organ-organ kencing, jantung dan saluran darah.
Salam.
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri bermanfaat bagi meregangkan otot-otot dan kepala leher. Ini menai senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
Thuma’ninah.
Thuma’ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia hingga tubuh, hati dan fikiran menjadi segar kembali.
So… Selagi diberi kesempatan untuk hidup, tiada alasan untuk melalaikan solat kan.. Dan sebaik-baik solat adalah dengan tertib dan khusyuk..
Semoga dirahmati hidup dunia akirat.. Amin.. =)
Sumber dipetik dari buku “Mengapa Rasulullah S.A.W Tidak Pernah Sakit.” Karangan Dr. Adi Hashman, 2009.
Best Qutes of The Day.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Akan datang suatu masa ke atas manusia, mereka melakukan solat namun pada hakikatnya mereka tidak solat.” Dan “betapa ramai orang yang melakukan solat namun hanya mendapat penat sahaja.”
(Riwayat Abu Daud)
No comments:
Post a Comment