Assalamualaikum.. Macam biasa, semoga berbahagia hendaknya. =D
Hari ni Naufal dah tak senakal semalam.. Tak tahulah sebab dia jadi baik tu mungkin ke sebab saya denda dia semalam kan.. Tapi yang saya tahu, hari ni dalam kelas saya, dia sangat baik.. Cuma ada sesekali tu dia buat jugak loyar buruk macam selalu, tapi tak seteruk semalam..
Bacaannya pun semakin lancar, dan dia nampaknya serius belajar dengan saya. And guess what?? Lepas selesai bacaan, dia ada tanya saya,
"Cikgu tak denda Naufal hari ni?" haih, budak ni.. Perli ke apa..
"Kenapa? Nak cikgu denda lagi ke? Cuci jamban nak?"
"Nak, tapi cikgu buatla dulu.. Nanti baru Naufal buat.."
Wah wah wah.. Sedap je bagi cadangan macam tu kan..
"Taknaklah, Naufal yang nakal.. Cikgu baik.." saya 'angkat bakul' depan dia
"Hehe.. Cikgu ni perasanla.."
"Memang cikgu perasan.. Kenapa?? Jelous la tewww..." Sengaja saya psiko dia balik.. Semalam bukan main lagi dia psiko saya kan..
"Huh, tak bestla cakap dengan cikgu ni." hehe, dia dah mula panas.. dengan muncung-muncungnya tu, dia silangkan tangan ke dada.. Macam semalam.. Hahaha.. Jahat jugak saya ni, bila budak tu dah behave, saya pulak yang cari pasal.. Saja nak tengok akal dia je.. =P
"Tak best sudah.. dah, dah!! pergi balik kelas. Tolong panggilkan Faris.."
"Er.. Naufal.." Saya panggil dia sebelum sempat dia bangun dari kerusi..
"Yes, teacher.." loyar buruk lagi.. -__-
"Handsomela Naufal hari ni, jangan nakal macam semalam lagi k.."
"Ok, bos!!" dia angkat tabik prebet dia tu.. Serius comel...
"Dah, pergi balik kelas, jangan lupa panggilkan Faris ok.. Thank you.."
"Sama-sama.."
pastu masa dia nak keluar dari kelas, sekali lagi dia wacchaaaaaaa kan pintu kelas tu, dan lagi, bagai nak gugur jantung ni.. Bertuah punya budak..
Seronok pergi ke tadika, bukan hari ni je, hari-hari.. Sebab setiap hari ada saja kisah berbeza yang berlaku.. Ragam pun 1001 macam, dan tak samapulak tu hari-hari.. Itu baru kisah pasal Naufal.. Belum masuk anak-anak yang lain.
Dan nak tahu tak, hari ni kami terima murid baru, 5 tahun jugak umur dia. An Indian girl, kalau tak silap.. Nama dia Diwarni.. Tapi tak pandai cakap Melayu, English pun tak pandai, cakap Tamil je yang dia tahu.. Sudah, jadi macam ayam dengan itik tadi bila nak bercakap. Takkan nak cakap Tamil kot, mana khatam lagi.. hehehe.. =).
Nasib baiklah ada Kasvindran dan Kumar, tak pasal-pasal jadi translater tak profesiaonal.. Cikgu Revatilah yang akan banyak mainkan peranan untuk murid baru tu nanti. Dan InsyaAllah, kami akan usahakan supaya Diwarni dapat communicate dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar macam rakan-rakan Indianya yang lain..
Well then, jumpa lagi di post-post yang akan datang.. Maassalam.. ^_^..
Best Quotes of the Day..
"Sayangilah anak kecil.. Kerana mereka juga belajar untuk menyayangi daripada orang dewasa.."
No comments:
Post a Comment