Sunday, 3 March 2013

Moh Kite ke Pesta Ko-K UM Mei Nanti!!

Assalamualaikum.. ^_^

Ada planner tak korang? Kalau ada, tengok sekarang kat tarikh 30/5/13, ada lompang tak? Kalau ada, haaaa..... (6 harakat), inilah masanya korang boleh penuhkan tarikh tu dengan datang beramai-ramai memeriahkan Pesta Ko-Kurikulum, atau dalam bahasa muda mudi macam saya ni, pesta Ko-K (weee.. ^^) Sebutan formalnya, Pesta Pendidikan Ko-Kurikulum UM.

Best ke? Uish.. belum datang, belum nampak.. belum nampak, belum tahu.. So kalau nak tahu, kenalah datang, tengok dan rasai sendiri pengalaman tu. InsyaAllah,  macam-macam aktiviti ada hari tu nanti. Dari situ kita akan dapat lihat bakat-bakat pelajar UM yang 1001 macam gayanya.Yang paling penting, saya pun ada.. Itu yang paling best.. Wahhh!! gitu.. Sebab bila dah ambil subjek ko-kurikulum sem ni, maknanya saya pun kenala libatkan diri. Mungkin saya dan rakan-rakan sekelas saya dalam kelas Seni Khat akan adakan pameran khat nasakh dan suluth.. Masa tu dapat le tengok saya yang rabun seni ni menulis tulisan kaligrafi Arab. Haaaaa...(6 harakat jugak) Jeng3!!

Bukan tu je, ada lagi macam-macam program yang menarik menanti anda. Yang memang UMers, mesti kena datang jugak.. Rakan-rakan lain kalau ada kelapangan, kebetulan pula memang berada di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, feel free to join us!! :)


Kat bawah ni saya sertakan sekali lagi detail tentang Pesta Ko-K yang akan diadakan tak lama lagi.. Yela.. tak lama lagi la.. dua bulan lebih tu pejam celik pejam celik dah dua bulan.. Jadi apa tunggu lagi, bulatkan tekad, sematkan niat di hati (hahaha, poyo jek :P) untuk sama-sama memeriahkan lagi acara mega tahunan UM yang akan diadakan nanti.

Tarikh: 30 Mei 2013
Tempat: Dewan Tunku Canselor UM (DTC)
Masa: 9.00 a.m- 4.00p.m ( Pameran)
           7.30 p.m- 9.00 p.m (Persembahan)

Datang le ramai-ramai.. The more the merrier ^_^ Kecil tapak tangan, Tasik Varsiti kami tadahkan.. Tak, tak!! Tasik Varsiti tak cukup besar.. Padang Varsiti kami tadahkan.. Hmm.. Pun tak cukup besar.. hahaha, okla.. Datang je, terbuka pada semua.. See ya!!

Best Quotes of The Day
If we really want to do something, we'll find a way, if you don't we'll find excuses..



Saturday, 2 March 2013

I'm A Coach..

Assalamualaikum..
Dua hari tak jumpa tak rindu ke?? ececece... hahaha...

Hari ni bermulanya program Peer-Coaching Sahabat SERU. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik setakat ni. Dan insyaAllah, mungkin dua minggu dari sekarang saya dengan rakan-rakan first batch RSS akan jadi coach a.k.a mentor kepada coachees dalam setiap group masing-masing. Nama group yang saya akan coach kan nanti R.L Buddies.. R.L. stands for Real Leaders perhaps.. wahh.. kelasss gitu...

Nampak adik-adik Sahabat SERU macam masih mencari tune yang sesuai untuk boleh nak get along dengan kami. Mungkin malu? mungkin segan?? or mungkin takut.. Alamak, takkanlah hari ni saya terlupa nak tinggalkan muka singa dalam bilik masa nak pergi peer-coaching tadi kot sampai nak takut semua..emm.. tak, tak, tak.. Saya tak rasa saya garang.. Serius sikit je.. ^_^

So sekarang kami geng-geng coach ni tengah cungkil idea dalam kepala macam mana nak buat something yang baru, yang happening untuk pastikan group kami sentiasa bersemangat dan rasa dekat dengan kami. Biar nanti benda ni jadi legacy, bak kata chief coach kami, Abang Amirul.. Biar kekal jadi budaya positif yang berterusan..

Program ni macam ala-ala program pembimbing rakan sebaya jugak.. cuma yang ni kita ada konsep dan trademark sendiri.. Besar tanggungjawab, memang perlukan komitmen yang optimum. InsyaAllah, inilah masanya saya nak gunakan dan gilap semula kepimpinan saya. Kena polish balik zaman kegemilangan yang dah makin berhabuk lepas tamat sekolah zaman sekolah menengah dulu. Semoga dapat jadi seorang coach dan pembimbing yang baik, untuk upgrade diri sendiri jugak bila kita kongsikan pengalaman untuk tingkatkan kepimpinan dan potensi diri.

16 Mac ni pulak insyaAllah saya akan join program UYT jugak dekat MidValley. Mungkin ada kelainan sikit daripada apa yang kami biasa belajar sepanjang sesi program tu tahun lepas. Masa mula-mula Kak Elin dengan Abang Amirul ajak kami sekali lagi join program tu, berbelah bagi jugak sebab rasa macam tak free je.. Tapi dalam hati memang nak sangat join program tu kat luar. Sebab pesertanya lebih ramai berganda-ganda, so we may have to get to see more first class attitude among us.. walaupun saya ni memang kena catch-up untuk sampai ke tahap tu. Tapi bila buka balik planner tadi, nasiblah tarikh tu masih berlompang. So, tunggu eh untuk sharing yang seterusnya..

Rindunya dengan peer-coaching dulu, tak sangka sekarang dah jadi senior, first batch lagi.. fuh, macam tak dapat terima je dah tua kat sini.. huhuhu...

Setakat ni dulu.. Maassalam..

Best Quotes of the Day;

you don't start leading when there are hundreds in your group, you lead even there is only one in your group! If you have none, lead yourself!

 saya tahu saya sangat skema masa ni.. hahaha.. peace!!
cc: Maheran dan Puri (rakan-rakan first batch coach of RSS)

Sunday, 24 February 2013

Diari itu Hak Peribadi!

Assalamualaikum..
Diari merupakan salah satu medium untuk kita menulis tentang kegiatan harian kita, meluahkan isi hati, berkongsi suka duka.. Sesuatu yang paling kita percaya untuk kita menulis dan bercerita apa sahaja tanpa rasa ragu.


Kita semua tahu kan, perbuatan suka membaca diari orang lain itu salah satu tindakan yang salah dan boleh dianggap sangat biadab sehingga boleh mendatangkan rasa marah dan benci pemilik diari itu terhadap orang yang membacanya betul tak? Kalau baca je takpe, ada pulak sampai bercerita tentang kandungan diari itu kepada orang lain dengan niat mengaibkan pemilik tu. Ataupun dijadikan bahan untuk mengancam si pemilik dengan ugutan untuk menghebahkannya pada orang lain demi kepentingan diri sendiri.. Teruknya...

Diari ni adalah barang peribadi, apa sahaja yang tekandung di dalamnya sangatlah sulit, tidak boleh dibaca sesuka hati tanpa keizinan pemiliknya. Melainkan jika berlaku sesuatu yang memerlukan kita untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang mungkin hanya tercatat di dalam diari peribadi seseorang seperti dijadikan bahan bukti bagi kes-kes jenayah, kematian, mengungkapi sesuatu kebenaran dan sebagainya.

Ada sesetengah pandangan individu yang mengatakan "kalau dah tak suka orang baca diari tu, janganlah bagi orang lain nampak yang diari tu ada." "diari kena simpan di tempat yang berkunci, dalam loker, dalam laci, bukan letak sebaris dengan buku-buku di atas meja atau tunjuk pada orang lain."

Seriously, itu hujah yang bagi saya tidak patut diucap oleh individu tesebut jika dia faham apa itu "jujur dan amanah". Kalau sebuah buku itu bukan diari sekalipun, bukan kepunyaan kita, bukan disimpan di tempat kita, dan tak ada kena-mengena dengan kita, kita tidak berhak untuk menyentuhnya sama sekali apatah lagi membuka lembarannya satu-persatu dan membaca setiap isi kandungan di dalamnya.

Walaupun itu cuma buku nota biasa sekalipun, kalau kita tak ada apa-apa urusan terhadapnya, kita tak ada hak untuk menyentuhnya tanpa pengetahuan dan kebenaran daipada si pemilik. Itu sama sekali tidak menghormati privasi dan hak orang lain. Inikan pula diari.. DIARI.. faham tak??

"Ok, macam mana kalau diari tu tercicir atas lantai? Macam mana nak pulangkan dan tahu siapa pemiliknya kalau tak baca isi di dalamnya?"

Pandangan saya sebagai individu yang turut memiliki diari, pertamanya, jarang-jarang berlaku apabila pemilik diari membawa diari itu keluar dari tempatnya, rumah, bilik, asrama dan sebagainya melainkan jika ada beberapa perkara yang membuatkan pemilik diari berasa membawa diari bersama-sama ketika keluar adalah perlu.. Balik kampung, melancong dan apa-apa sajalah..

Kalau tercicir pun, mesti dalam kawasan yang tertutup atau di lingkungan yang berdekatan. Jadi, kalau terjumpa diari yang tercicir tu, di bahagian muka surat pertama diari mesti ada dicatatkan kan nama pemilik diari. Baca yang tu cukup untuk dapatkan maklumat pemilik dan terus pulangkan.

"Macam mana kalau dah tak jumpa pemilik diari tu?"

Dengar sini kawan-kawan sekalian, orang yang diarinya tercicir tidak akan dapat hidup dengan tenang sampailah dia jumpa semula diari dia tu. Selagi tak dapat, gelisah la dia, tahu tak cacing bila kena panas macam mana? Hah, macam tulah. So dia akan pergi semula ke tempat-tempat yang dia rasa itulah tempat terakhir diari dia ada dengan dia. Cepat atau lambat je. Jadi amanahlah dengan barang orang lain. Bayangkan kita dalam situasi dia, susah hati betul tak?

"Kalau pemilik diari tu tak muncul-muncul jugak, dan takde maklumat yang boleh membantu untuk diari tu dipulangkan macam mana pulak?"

Haih.. Banyaknye "kalau".. Di pihak saya, kalau saya dalam situasi tu, itu mungkin tandanya saya dah yakin yang diari saya betul-betul hilang, dan kalau hamba Allah yang terjumpa diari saya tu dah tak sanggup lagi nak menyimpannya untuk satu tempoh yang sangat lama, saya lebih redha jika diari saya tu dilupuskan. Bakar atau... Bakar saja dan lupakan sebentar tentang isu pemanasan global, pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon, pembakaran terbuka bla bla bla..

Itu lebih baik untuk saya dan untuk hamba Allah yang terjumpa diari saya tu.. Saya akan anggap kes selesai.. Daripada dibelenggu rasa serba salah yang tak ada kesudahan kan.. Maka lupuskan saja.. Itu bagi saya, tak tahulah pandangan orang lain macam mana pulak ye idok..

Bila kita tahu diari itu milik individu yang kita kenal, cepat-cepat serahkan semula padanya dan pastikan, kita yakinkan pemilik diari tu yang "Demi Allah, aku tak baca diari kau." Kalau tak, mungkin sampai bila-bila orang tu akan syak yang kita memang dah baca diari dia..Tak mungkin kita nak menipu guna nama Tuhan kan, walaupun memang ada orang yang buat macam tu, tapi janganlah kita pun tergolong dalam sebahagian daripada manusia yang tak jujur macam tu. Berat tanggungjawabnya nanti.

Ingatlah yang hidup kita bukan setakat di dunia. Kalau urusan sekecil hama pun Allah akan timbangnya di akhirat nanti, apatah lagi perihal amanah yang satu ini walaupun hanya pada sebuah diari. Dan ingat, macam mana kita tak suka orang usik barang peribadi kita, macam tulah orang lain pun.
 
"Habis tu buat apa tulis diari kalau tak nak orang lain baca? Simpan jela dalam hati."

Tak semua rasa dalam hati tu kita boleh pendam terus dalam hati sampai bila-bila. Nak tak nak kita kena luahkan, kita ni manusia yang Allah ciptakan dengan had-had kemampuannya walau sehebat manapun pencapaian kita selama kita hidup. Bagi sesetangah individu, dia tidak mampu untuk simpan segala perasaan, masalah, malah rahsia hidupnya dalam hati, jiwanya boleh tertekan, fikiran pun boleh kusut.

Sekurang-kurangnya, kalaupun individu itu tak boleh nak bercerita pada orang lain tentang apa yang terbuku dalam hati dia tu, ada diari yang boleh simpan cerita dia.. Tempat dia meluahkan. Contohnya bila rasa sedih, perasaan tu tak boleh nak dipendam, kalau tak akan bertambah sakit. Lantas mengalirkan air mata akan dapat mengurangkan kepedihan itu.

Macam tu jugak la dengan menulis sesuatu yang kita rasa, sekurang-kurangnya perasaan yang penuh emosi itu akan berkurangan. Dan nanti apabila tulisan itu dibaca semula, mungkin akan mencetuskan motivasi dan pengajaran untuk pemiliknya supaya menjadi seseorang yang lebih baik.

Lainlah kalau apa yang kita luahkan itu untuk dijadikan tatapan umum, tapi itu bukan diarilah.. Itu namanya blogging atau fb-ying atau tweeting dan yang sewaktu dengannya. Berkongsi tentang hal-hal peribadi itu juga terpulang kepada yang empunya cerita, tapi saya percaya sejauh manapun kisah-kisah peribadi kita kongsikan pada orang lain (kawan baik, adik beradik, ibu bapa, kekasih etc..) pasti akan ada satu dua perkara yang hanya diari saja medium yang paling kita percaya.

Teringat pulak pesan seorang sahabat saya.. "Allah saja sebaik-baik tempat kita mengadu. Al-Quran sebaik-baik penawar bagi hati.." Terserah pada kehendak dan pandangan masing-masing. Tapi saya sangat bersetuju dengan nasihat sahabat saya tu. Tapi diari ni lain.. Orang yang faham, dia tahulah

Cuma apa yang saya nak tegaskan di sini, jangan baca diari orang tanpa kebenaran, walaupun orang itu adalah orang yang paling rapat dengan kita. Mahukah kita bila orang hilang kepercayaan terhadap kita, dicop sebagai pengkhianat dan dibenci hanya kerana kita mengusik hak peribadi orang lain? Renungkanlah..
(pe ke halnya skema bebenor ayat teman hari ni yong?? hahahaha...)

Seriousla weh.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day..

Pelihara jujur dan amanah kita, maka Allah akan pelihara hidup kita selamanya.





Thursday, 21 February 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu Via Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Semoga dirahmati Allah..

Saya ada terbaca artikel yang dipetik daripada tulisan Prof Dr. Muhaya tentang Bagaimana Menjadi Pelajar yang Baik dan Berjaya. Salah satu perkongsian dalam artikel ini adalah tentang 7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu , insyaAllah semoga ia bermanfaat untuk dikongsi bersama.

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu.
Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/ universiti. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya.
Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapapun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya (hmm.. tapi kat UM ni, kehadiran wajib 80%, kalau tak dah kena bar, semuanya dah ada dalam sistem). Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajaroleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut mengahdapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak ditekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka  keluar makan pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang 'Salah'.
Bercakap melalui pengalaman sayan, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang  tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskanmasa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

 4. Hilang Semangat.
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-masta untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu.
Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalm bidang perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseorang itu tidak berminat. Menurut Dr. Muhaya, "Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian.
Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

-Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil.

-Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka.

-Tidak mahu berusaha. Ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar.

Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan kumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bising dan Tidak Bekerjasama.
Keadaan ini lazim berlaku dalam kalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menenagh atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah. Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota-nota dan buku-buku yang baik dan diberi pelajar senior. Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak diberi peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen dan menyembunyikan fakta yang baru mereka pelajari.. (kalau course saya, mungkin assignment, project paper atau kajian lapangan).

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendiran. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama.

Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.

Alhamdulillah, semoga Allah berkati Prof atas perkongsian yang bermanfaat ini. Terima kasih, insyaAllah kami akan sentiasa muzakarrah dengan input-input sebegini. Sampai sini dulu.. Maassalam.. ^_^

Best Quotes of the Day.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat. Jadi, jangan kedekut.. hehehe...

Cerita Sikit Pasal Hari Ni

Assalamualaikum..

Macam-macam peristiwa ada hari ni.. Pertama sekali pasal nak mendaftar kelas tutorial sejarah. Habis je kelas Sejarah Pendidikan pukul 9.00 tadi, saya dengan cik Syima pun naiklah ke jabatan nak mendaftar untuk kelas tutorial subjek yang sama sebab Dr. Kamal dah beritahu yang pembantunya dah tampal borang tutorial dekat dashboard jabatan. Alang-alang dah naik tu ingatkan nak mendaftar jugaklah untuk tutorial Sejarah Wanita.

Sekali masa tengah menilik papan-papan kenyataan tu, sekonyong-konyong (hahaha, ntah apa2 ntah) pensyarah sunjek tu, Puan Salina pun keluar dari pejabatnya yang tak jauh dari tempat kami berdiri. Dengan ramahnya Pn. Salina tanya saya "Eh, you ambil kan paper wanita?"

"Ambil, ni ingat nak daftar kelas tutorial la ni, puan dah tampal eh?" terus mata melilau cari borang tutorial tu, macam takde je..

"Haa.. Itula, saya lupa nak tampal borang tu, saya cuma ingat yang paper Politik Asia Tenggara tu je.. Takpe nanti saya tampal k, aduh.. pening dah saya ni pun" Puan Salina mengomel-ngomel sambil garu-garu kepala.. Owh, gitu ke.. takpela.. Hmm.. banyak lagi la lompang kat jasual saya ni walaupun kalau tengok tu macam dah cukup padat je..


Rasa paling bahagia bila tengok jadual hari Jumaat... :P


Habis je sarapan, kami exercise kaki dan perut ke KPS, nak check kemasukan PTPTN sem ni, ramai yang cakap sepatutnya duit akan masuk hari ni, tapi tadi waktu pergi ke ATM untuk check baki, sama je baki akaun macam sem lepas.. Mungkin dimasukkan secara berperingkat kot..

Ada ke patut cik Syima kita tu cakap "ahaaa...tangan awak takde magicla Tikah.." wah2.. macam la saya ni Eloida macam dalam drama Filipina Magica tu kan.. hahaha, tapi kalau diberi pilihan, berbanding magic, saya lebih sukakan poket Doraemon.. "Pintu Ke Mana Sahaja!!" "Alat Mengembalikan Wang!!" "Robot Penaip Assignment!!!" Hah, tudiaa... mengarut sudah..

Takpela, lambat masuk, lambatla guna, lambat guna, lambatla susut, lambatla habis, tapi jangan lambat-lambat sangat eh. Bukan apa, nak merancang kewangan, hahaha alasanmu je semua tu..

So bila dah duit pun tak masuk lagi, saya dengan cik Syima kita tu menapakla laju-laju ke main library, saja nak survey buku apa yang sesuai untuk rujuk sem ni kan.. Tapi lain yang dicari lain pula yang dijumpa.. Alhamdulillah novel tentang Umar Al-Khattab tulisan penulis yang memang jadi kegemaran saya tu ada dalam simpanan perpustakaan.. Apa lagi, pinjam meminjam amalan mulia la.. :).. Sesiapa yang suka baca biografi tentang sahabat Rasululllah salallahu 'alaihi wassalam, ini antara yang terbaik, insyaAllah..




Banyaknya part yang membuatkan saya tak boleh tak nangis, sebak, terharu, dsbg.. Bacalah buku-buku macam ni kawan-kawan, Alhamdulillah sangat bermanfaat..


Sempat baca ni di library sampai muka surat 25 sebelum saya ikut Syima masuk ke kelasnya yang tak sama dengan saya, kelas Politik dan Perdagangan di Tanah Melayu tepat pukul 12 tengah hari. Disebabkan gap yang panjang sebelum nak masuk ke kelas Rusia, so saya masuk kejap dalam kelas tu, dengan harapan dapat jumpa dengan Prof Abdullah Zakaria, lecturer kegemaran kat Jabatan Sejarah tu sebab style mengajarnya macam ala-ala A.Samad Said dan Prof. Dr. Khoo Khay Kim tu. Lagipun macam yang saya selalu ulang cakap tu, masih dalam minggu add and drop.

Tapi, harapan jela bila prof tak masuk sebab ada program di Muzium Negeri Selangor dan diganti dengan Dr. Noraini yang sampaikan kuliah.. Fuh, dalam satu hari ni berapa kali dah saya frust, kat jabatan, ATM, kelas Prof Dollah.. Memang takde rezeki kan..

Selesai kelas, kami masuk pulak dalam Dataran Sastera tu, beratur panjang untuk dapatkan baucar buku 1 Malaysia tadi. 



Belum decide nak beli buku apa lagi, tapi yang pasti, novel cinta.. NO NO NO NO!! kali ni nak banyakkan koleksi ilmiah pulak, mak pun dah bising bila tabiat berangan sambil baca novel cintun ni tak boleh nak kikis lagi.. heeee :D, betul tu mak, berangan sangat pun tak dapat apa-apa.. Putera idaman takkannye jatuh dari langit..

Emm.. Lepas tu apa lagi eh, haa... Masa ambil baucar tadi, student dah boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan semester lepas, ingatkan kena post ke rumah macam masa semester 2 hari tu.. Patutla sebelum balik hari tu berhari-hari naik berjanggut saya tunggu abang posto datang hantar slip ni..


Wahhhhhh.........hahaha, tetiba je kan..


Jeng jeng jeng!!! Haaaa...content slip ni.... adalaa... :D




Sampai sini dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam..  ^_^

Best Quotes of the Day,

Nobody can take away your pain, so don't let anyone take away your happiness.












Wednesday, 20 February 2013

Hari ni Macam Biasa..

Assalamualaikum.. Sihat sejahtera la selalu ye..

Hari ni ada dua kelas je, sepatutnya ada tiga (Alam Sekitar dan Kesihatan, Perundangan Alam Sekitar dan Teknik dan Kaedah Kuantitatif), tapi kelas Perundangan tak ada hari ni, tambahan pula minggu ni masih dalam minggu add and drop.

Kelas Alam Sekitar dan Kesihatan diajar oleh Dr. Mariney Yusof, masuk sem ni dah tiga kelas dengan dr, insyaAllah boleh get along kot.. Tapi dalam kelas tadi nampak macam dr masih tak sangka dengan kapasiti pelajar yang terlalu ramai, masa mula-mula subjek dibuka untuk pendaftaran, dr cuma buka kuota untuk 60 orang je, tapi yang mendaftar ada 100 orang.. "tak tahulah macam mana yang 40 lagi tu boleh terlepas.. Ada tak sesiapa yang volunteer nak drop subjek ni?? ^_^".. Dr Mariney tanya dengan muka penuh berharap sambil mata dikelip-kelipkan.. tiba-tiba bunyi cengkerik dalam dewan kuliah tu.. krikk, krikk, krikk!!! Takde respon..

HAHAHAHAHAH... kelakar kot, bila tengok muka cuak dr sebab terima pelajar seramai tu.. dahlah kelas tutorial ada 4, semuanya dr sendiri yang conduct sebagai tutor.. Kalau saya di tempat dr pun saya akan cuak, mungkin boleh pengsan agaknya..

Dr oh dr, macam mana la kami nak drop subjek ni, kalau kami drop, mana ada dah subjek lain yang boleh daftar lagi, semuanya dah penuh atau belum ditawarkan, lagipun yang lain-lain tu cuma student majoring Geografi dan Alam Sekitar je yang boleh ambil.. subjek minor tu dahlah kecik je kuotanya, banyak yang tertutup pulak tu.. Takpe dr, jangan risau, insyaAllah kami akan belajar sungguh-sungguh dan apply apa yang dr ajar dalam subjek ni.. Okkeh?? ^_^

Kelas yang seterusnya Alhamdulillah ok2 je.. Tapi bahang tekanannya makin terasa jugakla terutamanya bila disebut pasal assignment.. kannnn...  hahaha...


Okla.. See ya.. Maassalam..



Dewan Kuliah B yang sejuk macam peti ais.. :P... 




with my bff cik Nurul Kalsyima.. she just came back from Andalas University of Indonesia for her student-exchange program and that's kinda WOW!!!!!!.. btw, she's from Sulawesi.. hahahaha... gotcha!! habisla nanti kena cubit ngan awak cik Syima.. nanti bila-bila bawak la saya jalan-jalan area Pahang k..


 Menanti kelas Kuantitatif di surau FSSS, port paling sempoi punya nak bermusyawarah pasal hal ehwal kewanitaan sebelum dan selepas solat..
Sukahati je cik Syima ni snap2 gambar kite tengah sms..





Tuesday, 19 February 2013

Semester 4 Bermula Hari Ini..

Assalamualaikum..

Hari ni saya dah mulakan kelas untuk semester 4.. Sepatutnya dari semalam lagi kelas saya dah start.. Tapi sebab semalam baru saya panjat tangga bas Mara Liner tu, pukul 9 pagi, jadi nak tak nak saya dah ter"burn"kan satu hari kuliah.. Memang dari awal lagi saya plan nak naik bas balik KL hari Isnin, sebab kalau balik hujung minggu, boleh migrain saya nak berasak-asak dengan ratusan, mungkin ribuan manusia yang berpusu-pusu bertumpu di satu tempat yang sama pada hari yang sama. So bila saya balik weekday, kemungkinan untuk sesak tu sikit je.. Alhamdulillah perjalanan memang lancar seperti yang dirancang. Tepat-tepat bertolak dari kedah jam 9.00 pagi, jam 4.00 petang tepat sampailah saya di stesen Puduraya tu..

Ok, dah selesai bab naik bas, sambung pasal kelas hari ni. Kelas saya untuk hari ni (Selasa) dengan Khamis, bermula seawal jam 8.00 pagi.. Uwarggghhh!!! Sama macam semester lepas jugak.. "Paginyaaaaaaa...." itulah respon akan-rakan yang tak ambil subjek tu, Sejarah Pendidikan di Malaysia. Tapi apa boleh buat kan, itulah satu-satunya subjek bahagian B, kursus yang takde nak clash dengan mana-mana kelas lain.

Masuk kelas hari ni, saya tengok tak ramai classmate yang lain datang penuhkan kelas.. Yelaa.. Inikan masih dalam minggu add and drop courses.. So, kedatangan secara rasmi belum diambil.. Isnin depan barulah dikira kedatangan dan disahkan dalam sistem. Sebab tulah selamber yeyeah nye saya ponteng satu kelas, sebab immunity saya masih full hahahah...

Dan apabila kedatangan masih belum dikira, maka kebanyakan kelas hari ni end up dengan lecturer tidak masuk lagi dalam kelas, kalau masuk pun, hanya diberikan briefings dan profoma. Dr. Ahmad Kamal pun tak masuk untuk kelas Sejarah Pendidikan hari ni, sebab hari ni di fakulti ada satu event besar yang diadakan dan melibatkan hampir semua pensyarah di Fakulti Sains dan Sastera untuk turut serta. Event tu adalah Seminar Politik dan Pilihanraya Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 anjuran Pusat Kajian dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL). Para mahasiswa/mahasiswi pun digalakkan untuk masuk dan join seminar tu yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Jadi bila dah Dr. Kamal tak masuk hari ni dewan kuliah, pukul 8.30 tu saya dan sahabat saya, Kalsyima, kami ambil keputusan untuk keluar dan terus masuk ke dewan seminar.


Alhamdulillah, seminar yang berlangsung hampir 4 jam itu banyak memberikan input yang berguna pada kami, para mahasiswa dan generasi muda dalam pendedahan tentang landskap politik dan bahang PRU-13 yang tinggal tak berapa lama lagi. Dalam seminar ni juga ada diramalkan parti mana yang akan dapatkan kemenangan dan berdasarkan survey yang dikeluarkan oleh UMCEDEL, bagaimanakah pemikiran masyarakat di Malaysia hari ini dalam memperkatakan tentang politik dan apakah pandangan mereka terhadap pemimpin sama ada dalam kalangan Parti Perikatan mahupun Pakatan Rakyat. 

Kemudian diadakan pula sesi pembentangan dan interaksi dengan media dari Harakah Daily, Sinar Harian dan juga Malaysia Kini sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan berita yang tuntas dan telus kepada rakyat berkenaan dengan suasana pemerintahan hari ini. Sangat menarik, memang banyak sangat perkara penting yang berlaku dalam negara kita ni yang jarang-jarang kita, I mean saya mahasiswa, generasi-y ini untuk explore perkara-perkara yang membawa kepada jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh mana-mana pucuk pimpinan.
 
Ada tiga slot semuanya tapi saya cuma sempat masuk untuk slot pertama dan kedua sahaja. Slot ketiga saya tak ada kesempatan sebab ada urusan yang saya  nak selesaikan di Kompleks Perdana Siswa. Nak beli barang, nak ambil kad bas, sebab kalau saya tunggu habis slot ke-3, nanti tak sempat pulak sebab seminar tu tamatnya seawal jam 5.00 petang. Lagipun jam 5.30 tu saya ada kelas ko-k. Itupun masa dalam dewan seminar untuk slot pertama dan kedua pun saya mengelisah tengok jam tak henti-henti sebab takut tak sempat nak solat sebelum masuk kelas Sejarah Wanita jam 1.00, jam 2.00 dah nak start slot ketiga.. Nak solat lagi, kad bas lagi, barang nak beli.. Tu sebabnya at the end saya cakap kat sahabat-sahabat saya yang saya tak dapat join, lagipun takkanlah saya nak masuk masa tengah seminar kan, tak nak lah mengganggu majlis.

Tapi slot yang ketiga tu la yang menarik, sebab ada tetamu khas dari parti-parti politik utama seperti YB Dato' Saifuddin Abdullah (BN) YB Kamalanathan (MIC), YB Nurul Izzah Anwar (PKR), dan YB Husam Musa (PAS).. Maknanya akan ada pemerhatian daripada pelbagai perspektif tentang masa depan politik negara kita dan apa yang rakyat perlu, apa tanggungjawab pemimpin dan apa juga tanggungjawab rakyat.


Haa.. Inilah kad bas semester 4 ni.. Agak kekartunan sikit berbanding kad untuk semester yang lepas, tapi saya suka la.. warna kad tu, betul-betul buat saya rindu kampung saya, hijau kuning tanahku, negeri Kedah negeriku.. baru sampai UM dah homesick balik.. huhuhu... Y_Y

Nak pergi kelas pun sempat lagi pose2 sambil review jadual kuliah sebelum keluar pukul 7.30 pagi tadi, bajet sangat.. :P

Yelah, sampai sini dulu.. nanti kita sharing caring lagi k.. Maassalam.. :)

Best Quotes of The Day,

"Great things are done by a series of small things brought together.."