Saturday, 16 February 2013

Untuk Memulakan Perlu Ada yang Mengakhiri

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari terakhir saya di rumah sebelum saya berangkat balik ke KL esok pagi, InsyaAllah.. Overall, semuanya ok, cuma perasaan berat nak balik sana tu masih ada, masih tebal sebenarnya.. Oh, saya tak pernah cakap eh yang saya ni homesick? hahaha, memang saya ni homesick, cuma tak nak tunjuk.. Malasla nak tunjuk-tunjuk perasaan ni, nampak sangat saya ni belum matang..

Mulai esok, saya dah kena mula fikirkan beberapa perkara.. Berkaitan dengan kelas, dengan program-program di kolej dan fakulti.. Mulai esok, saya akan mulakan tugas sebagai wartawan rasmi untuk majalah Sinergi Kk9.. Tugasan saya tu perlukan saya dan rakan-rakan setugas untuk temubual beberapa individu berpengaruh di kolej tu. Master, Penyelia, Atlet, Artis, macam-macamlah..

Kemudiannya, saya ada terima satu lagi tugasan di fakulti, under  Jabatan Sejarah untuk handle pertandingan kuiz sejarah yang bakal diadakan mungkin di sekolah menengah dalam masa terdekat ni. Saya memilih untuk uruskan bahagian protokol, sebab selama terlibat dengan projek-projek macam ni, saya lebih senang bekerja di bahagian hiasan venue.. Jadi kali ni bila dah diberi pilihan, saya pilihlah protokol.. Sebab.. hanya itu je department yang tinggal selain sponsor.. huhuuhu... Nak cari sponsor?? Tak kot, saya kena menuntut banyak lagi ilmu ni dari Maheran.. hahaha, peace..

Lagi satu, saya perlu daftar semula subjek majoring saya sebab saya dah buat silap masa mendaftar hari tu. Semoga semuanya berjalan lancar nanti..Bukan senang nak uruskan proses add and drop tu.. Hmm.. Esok dah takde santai-santai lagi dah.. Atikah, lets rock it!!

Ok, Maassalam.. :)

Best Quotes of  The Day..

Hidup bukan selalu terjadi dengan apa yang kita rancang, tetapi ia adalah takdir dari Ilahi, melalui apa yang kita usahakan.. ^_^

Sunday, 10 February 2013

Alhamdulillah.. Allah Maha Pemurah..

Assalamualaikum.. Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Sifat pemurah Allah sentiasa ada, mengalir dalam setiap langkah, dalam apa jua situasi.. Saya memang bahagia sekarang dengan berita gembira setelah sejak 6 bulan yang lalu saya banyak dirundung dengan segunung kekecewaan.. (boooo... jiwang!!)

I'm talking about my examinations result.. And yeay!!! Thanks to Allah, He took out my cloudy sorrow day and replaced it with lots of rainbow colors..

Mulanya bila tarikh keluar keputusan peperiksaan semester 3 diumumkan, saya tak nak peduli sangat, saya sibukkan diri dengan benda lain. Ya, saya mengaku memang saya masih trauma dengan apa yang berlaku dengan keputusan peperiksaan saya masa di sem 2. Bukan nak buka pekung, tapi memang ia sangat mneyedihkan.. Inilah perkara yang paling saya nak elakkan untuk bercakap bila kawan-kawan tanya "macam mana pointer kau sem lepas? ada peningkatan?" ikutkan hati nak aje saya jawab "tak, makin merudum, pointer aku sekian, sekian, sekian..." tapi saya diamkan je, sebab sebelum saya luahkan kenyataan yang pahit tu, akan ada sesuatu yang boleh back-up saya lepas tu, iaitu peningkatan untuk semester yang akan datang..

Tak sangka saya akan tempuh zaman segelap itu sepanjang di UM, mungkin itu baru permulaan, masih berbaki 4 semester yang perlu ditempuh.. Entah macam manalah rupanya nanti.. InsyaAllah akan saya pastikan saya tak kecewa lagi. Frust kan, bila kita dah set matlamat kita, kita nampak visi kita, kita rancang yang terbaik dalam hidup kita, tapi di penghujungnya Allah uji macam tu.. Tapi Allah tak uji bila Dia tak sayang kan??

Dan mujurlah ada sahabat-sahabat yang memahami, merekalah yang sentiasa ingatkan saya, kita hanya nampak hebat ketika merancang, tetapi ketentuan Tuhan adalah yang terbaik, semua ada hikmahnya apabila Allah tetapkan rezeki untuk hasil usaha kita setakat itu sahaja.. Usaha yang bagi saya memang tak seberapa bila saya muhasabah kembali akan setiap kekurangan yang berlaku yang sememangnya berpunca daripada kelalaian saya sendiri..

Jadi bila dah sampai masa keputusan peperiksaan dah diumumkan dalam sistem secara online, saya tabahkan hati, walau apa pun keputusannya saya terima, sebab saya percaya pada pepatah, "apa yang kita beri, itulah yang akan kita terima.." dan, "Keajaiban terbesar adalah ketentuan yang datang dari kehendak Allah swt.." Saya positif, saya berdoa, saya bertawakkal, semoga Allah berikan saya peluang untuk baiki kelemahan dan berikan saya secebis kegembiraan dengan apa yang saya usahakan di sepanjang semester 3 ini..

Dan Alhamdulillah, keputusannya memang di luar jangkaan saya, walaupun tak mencecah tahap gempak giler, tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan yang boleh digembirakan.. Tak ada banyak A (jangan tanya berapa ><) pun takpe, saya akan dapatkan untuk semester 4 yang dah nak mula lebih kurang seminggu lagi ni..

Saya cerita pada emak, emak diam je, sambil senyum dan lepas tu mak cakap.. " bagusla.. Tapi kena tingkatkan lagi, jangan lalai lagi macam sem lepas.."  InsyaAllah kata-kata mak saya pegang, dah saya sematkan dalam hati.. Mungkin segalanya akan bertambah mudah, bila dah ada pengajaran yang dipelajari daripada kesilapan lalu, jadi akan ada perancangan yang lebih baik, usaha yang berlipat ganda, dan yang pasti.. Berkat dan redha Allah yang saya perlukan untuk saya melangkah dengan lebih cemerlang lagi.. Amin.. ^_^

Sampai di sini dulu.. Jumpa lagi nanti.. Maassalam..

Best Quotes of the Day,

Biarlah permulaan yang baik hari ini menjadi lanjutan mimpi indah hari esok, supaya permulaan yang baik itu akan dapat diteruskan untuk hari-hari yang mendatang..

Thursday, 24 January 2013

Middle Child Syndrome.

Assalamualaikum..
Pertama sekali, saya nak ucapkan selamat menyambut hari maulidur Rasul. InsyaAllah semoga 12 Rabiulawal 1434 Hijrah ni memberi inspirasi pada kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik.. Sebelum tu, jom selawat dulu ok..

Sharing hari ni, tentang satu artikel yang saya baca pagi tadi.. Tentang "middle child syndrome" atau pun "sidrom anak tengah". Ok, saya mengaku.. for the first time in my life, ini kali pertama saya terdengar istilah tu, itu pun masa tonton family sitcom Hope and Faith semalam.. Jadi bila saya google pasal tu hari ni, menarik jugak..

So, back to the main point.. Ok, anak tengah.. hmm.. Memang sukar nak diramal kan.. teori tentang ni (middle child syndrome)  sebenarnya masih lagi hebat diperdebatkan dalam kalangan ahli-ahli psikologi dan juga kaunselor kekeluargaan. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat hari ni ada yang menerima teori tentang situasi tersebut yang sering memperlihatkan peranan anak tengah dalam keluarga selalu tersepit, yela.. Dah nama pun anak tengah kan..

Dalam pendapat ini, dikatakan anak tengah selalu merasakan bahawa dirinya kurang diberi perhatian, tidak boleh minta lebih, second-child means, second hand in purchasing stuffs, then second-class upper.. terutamanya jika yang atas daripadanya adalah sama jantina. Kalau anak sulung selalunya disayangi, dan dianggap penting dalam keluarga sebab dialah yang pertama muncul dalam melengkapkan sebuah institusi yang dipanggil KELUARGA, dan dialah contoh kepimpinan terbaik dalam kalangan adik-beradik yang lain. Dan di pihak anak bongsu pula, dia adalah perkara yang paling digemari ramai dalam keluarga kerana dia sentiasa menjadi yang "paling kecil dan comel" serta yang paling perlu menerima bimbingan daripada mereka yang lebih dewasa, so perhatian pun akan lebih tertumpu kepada si bongsu tersebut.

Selalunya juga, anak sulung dan bongsu akan jadi kegemaran di pihak salah seorang ibu bapa. Kalau yang sulung mungkin akan jadi favourite ibu, mungkin yang bongsu akan jadi favourite ayah, atau sebaliknya, atau kedua-duanya. Itu lah yang sering muncul dalam persepsi anak tengah yang merasakan dirinya berada dalam situasi kekeluargaan yang sedemikian rupa. Begitulah antara hujah yang saya peroleh dari sumber kajian tersebut.. Bak kata Faith Fairfield dalam sitkom Hope and Faith, "the middle child always get screwed!! uhuhuhu..." Betul ke wahai anak-anak tengah sekalian?

Dalam pendapat tersebut juga ada menyatakan bahawa anak-anak yang hidup dalam lingkaran kekeluargaan sebegini akan memiliki personaliti yang pelik berbanding anak-anak sulung dan bongsu. Contohnya pemalu, suka menyendiri, lebih serius dan kurang keyakinan untuk bersosial hanya mempunyai kenalan yang ada dalam kualiti dan kuantiti yang ditetapkannya sendiri.. Sekali lagi, betul ke?? Nampaknya akan berlaku percanggahan pendapat di sini..

Well, syndrome ni mungkin wujud tapi bukan dalam semua situasi, dan kenyataan teori dan pendapat tentang perkara ni tak semestinya tepat, tapi pada masa yang sama, tak boleh juga dinafikan.
Pada pandangan saya, anak tengah ni memang jenis individu yang memang di tengah-tengahlah, sama rata, tapi sukar diramal dan kadang-kadang.. MISTERI... jeng, jeng, jeng.. Tapi itu tidak bermakna mereka ni pelik.. Unik, yes.. Tapi kan ke setiap anak mempunyai keunikannya yang tersendiri.. Tudia, ayat nak klise sokmo kan..

Cuma yang saya faham tentang anak tengah ni, mereka adalah jenis individu yang banyak memerhati, tiang seri dalam keluarga, semua adik-beradik akan bergantung kepadanya terutama sekali dalam hal-hal yang agak kritikal dan perlukan cara penyelesaian yang lebih cool.. Bukannya nak kata anak sulung dan bongsu tak cool, hello.. I'm the youngest in the family k, and I am  cool!! ^_^ Cuma, yela.. anak tengah memang cool, dengan cara dia sendiri, very the-cool.. Tapi kalau dah meletup, oh please jangan meletup, sangat unexpected kalau itu terjadi. Dan dialah antara individu pertama  akan melakukan "gencatan senjata" apabila tercetusnya "perang saudara" dalam kalangan adik-beradik, sebab dialah yang paling senang nak declare "perjanjian persefahaman"..

Kenapa saya cakap macam ni?? Sebab saya ada kak ngah, and in most of the situation, kak ngah saya memang macam tu, macam saya dan kak long, kami lebih suka ambil masa untuk bertenang dan akan awkward sekejap dalam proses nak "berdamai" tu.. bukan ego, we just need some more time to get use to a normal line again. We do love each other so much.. as much as stars in the sky, and even more.. twice.. of the trillions.. blood is thicker than water right, bercakar pun sekejap-sekejap je, mana ada adik-beradik tak gaduh kan.. then bila dah berjauhan barulah insafnya tak terperi.. huhuhu.. so itulah pandangan yang saya utarakan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya. Well then, anak bongsu pun suka memerhati jugak apa..

Pandangan orang lain mungkin berbeza dengan saya, sebab yelah.. setiap orang pembawakannya baik secara individu mahupun secara berkelompok (keluarga terutamanya) adalah berbeza.. Tapi yang saya tahu, emak dan abah sayangkan kami adik beradik sama rata, dan kasih sayang itu tak pernah berbelah bahagi, cuma mungkin cara mereka menginterpretasikan kasih sayang tu tak serupa, mengikut personaliti kami yang seribu satu macam rentaknya..

Anak-anak yang semakin dewasa, dibantu dengan persekitaran yang lebih membuatkan jurang pemikiran, tingkah laku dan pembawakannya berbeza mengikut apa yang sesuai pada dirinya.. Jadi itu akan membuatkan anak-anak tidak sama personalitinya masing-masing dari hari ke hari.. Itu pula apa yang saya pernah baca daripada artikel-artikel sebelum ini..

Oklah, saya tahu saya suka berleter panjang lebar.. Jadi, kita berhenti setakat sini dululah ye.. Hargai adik-beradik kita ye.. Salam sayang, Maassalam..^^

Best Quotes of the Day..

"Kita bergaduh, kita bercakaran, kita mengkritik antara satu sama lain.. Dan sampai satu tahap kita akan sangat membenci, bila tengok salah seorang susah dan sakit.. hati kita akan turut sama merasa sakit itu, sebab kita adik-beradik.. dan sebab benci itu sebenarnya adalah kasih sayang yang tidak bertepi.." (panjang pulak quotes hari ni.. weeeee.. :D)

Wednesday, 21 November 2012

Nukilanku: Pusaka dari Ayah

Ayah pernah berkata,
“Puteriku,…
Jangan riak memandang langit,
Jika kakimu sering gentar memijak bumi,
Jangan hanya menjeling mengikut hati,
Sebaiknya, tunduklah dengan akal dan budi pekerti,
Bergurulah kau dengan  resmi padi,
Makin tawaduk makin berisi…

Ayah sering juga berpesan,
Puteriku,
jangan sesekali kau mendendami,
Andai dirimu dikhianati,
Sedang Allah juga Ar-Rahman lagi Ar- Rahim,
Kerana kemaafan itu balasan terpuji,
Kita ini miskin malah tak punya harta,
Tatapi agama yang dikurnia
Cukup sempurna untuk menjadikan kita kaya,
Ilmu itu darjat kita sebenarnya,
Tawaduk menjadikan kita dimulia
Islam perisai kekuatan kita…

Ayah bertegas,
Ingat puteriku!
Sehina manapun kita,
Jangan pernah kau meminta-minta,
Tanpa sekali kau berusaha,
Jangan pula kau menadah tangan,
Merintih atas nama Tuhan…

Sesudah kau mampu berjaya,
Sujudlah… tanda syukur dan rendahnya jiwa
Kerana setinggi manapun namamu dijulang manusia,
Di sisi-Nya tarafmu itu tetap hamba,
Sama juga seperti yang lainnya,
Ayah tiada tinggalan untuk dipusakakan,
Melainkan nasihat sebagai pegangan,
Agar tidak kau tersesat,
Dalam menilai antara nikmat dan hikmat,
Moga kau selamat dunia akhirat…”

Begitulah ayah…
Sesulit manapun hidupnya,
Sentiasa jua ingin dia pastikan,
Hidup matiku ini tidak lain dalam agama dan punya harga,
Biarpun tidak ayah wasiatkan untukku sebarang harta,
Namun pusaka hikmahnya yang paling bernilai,
Dan  melindungi diriku selamanya…
Syurga.. Tunggu ayahku di persadamu..


p/s: puisi ni saya tulis sempena Hari Bapa untuk dihantar ke radio IKIMfm, saja suka-suka, ingatkan DJ tu deklamasikan je, tak sangka dapat hadiah senarai 3 terbaik.. agak kembang le masa tu.. tapi takde siapa pun tahu, sebab takde siapa pun dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan yang dengar IKIM masa tu selain saya.... fuh, selamat! haha.. Abah, I dedicate this for you, even you were no longer with us, but deeply inside my heart, you're alive, and you'll always be the first men I love forever.. ^^

Nukilanku: Anak Kecil Kegirangan.

Anak kecil kegirangan,
Lahirnya disambut tawa dan air mata
Tanda syukur dengan anugerah yang Esa
Dalam keperitan yang bonda deritai
Bertarung nyawa antara hidup dan mati
Juga jerih-perih yang ayahanda rasai
Antara kesabaran dan penantian
Semua itu hilang usai tangisnya memecah hening..

Anak kecil kegirangan,
Dia dimanja, ditatang dan disayang
Di hati bonda dan ayahanda dialah penawar
Keletahnya memancar bahagia
Pada detik itu jualah
Segala ikrar pengorbanan bonda dan ayahanda tunaikan
Rela berpayah andai itu takdirnya
Demi putera puteri tercinta.

Anak kecil kegirangan,
Saban waktu bicaranya kian petah,
Pada saat dia disuruh mewarisi agama
Tika itu juga dia diajar ilmu dunia
Di samping mengenal Allah dan Rasul-Nya
Bonda dan ayahanda mahu dia terus maju
Biar nanti jasanya tidak hanya tertumpah untuk keluarga
Malah untuk agama, watan dan bangsanya.

Anak kecil kegirangan,
Kini dia tumbuh sempurna
Semakin mahir mentafsir helah dunia
Dewasa bersama teman
Yang mewarnai alam remajanya
Dalam menimba lautan ilmu
Dia mula mengejar kematangan yang menerjah usia
Semakin pula berani
Mengatur rentak hidup yang dicipta
Akal budinya terkadang sukar sekali dimengerti
Hingga tersungkur dalam kealpaan sendiri.

Anak kecil kegirangan,
Kini mengertilah ia
Aturan hidup perlukan pegangan
Asuhan bonda dan didikan ayahanda;
Itulah yang terbaik baginya
Biar tidak dia goyah untuk bangkit semula
Andai nanti rebah dalam gejolak fananya dunia
Dengan rahmat kasih Pencipta
Kejayaan kini teguh dirangkul
dan di hati suci ayah bonda
Anak kecil yang kegirangan itu
Selamanya permata untuk keluarga..

Sunday, 11 November 2012

Kenapa Sahabat Sejati Itu Penting?

Assalamualaikum..

Entri yang saya nak kongsikan hari ini adalah tentang satu cerita persahabatan yang saya terbaca dalam satu artikel. Copy paste je ni, tapi semoga mesej yang nak disampaikan tu boleh diterima baik oleh setiap yang membacanya.

One day, when I was a freshman in high school, I saw a kid from my class was walking home from school. His name was Kyle.

It looked like he was carrying all of his books. I thought to myself, “Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd.”

I had quite a weekend planned (parties and a football game with my friends tomorrow afternoon) so I shrugged my shoulders and went on.

As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him. They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt.

His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him. He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes. My heart went out to him. So, I jogged over to him as he crawled around looking for his glasses, and I saw a tear in his eye.

As I handed him his glasses, I said, “Those guys are jerks. They really should get lives.”
He looked at me and said, “Hey thanks!”

There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude.
I helped him to pick up his books, and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before.

He said he had gone to private school until now. I had never hung out with a private school kid before. We talked all the way home, and I carried some of his books. He turned out to be a pretty cool kid.
I asked him if he wanted to play a little football with my friends, he said yes. We hung out all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him, and my friends thought the same of him.

Monday morning came and there was Kyle with the huge stack of books again. I stopped him and said, “Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday!”

He just laughed and handed me half the books. Over the next four years, Kyle and I became best friends. When we were seniors we began to think about college.

Kyle decided on Georgetown and I was going to Duke. I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem. He was going to be a doctor and I was going for business on a football scholarship.

Kyle was valedictorian of our class. I teased him all the time about being a nerd. He had to prepare a speech for graduation. I was so glad it wasn’t me having to get up there and speak.

Graduation day, I saw Kyle. He looked great. He was one of those guys that really found himself during high school.

He filled out and actually looked good in glasses. He had more dates than I had and all the girls loved him. Boy, sometimes I was jealous! Today was one of those days.

I could see that he was nervous about his speech. So, I smacked him on the back and said, “Hey, big guy, you’ll be great!”

He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled. ”Thanks!” he said. As he started his speech, he cleared his throat, and began:

“Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years. Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach…but mostly your friends… I am here to tell all of you that being a friend to someone is the best gift you can give them. I am going to tell you a story.”

I just looked at my friend with disbelief as he told the story of the first day we met. He had planned to kill himself over the weekend.

He talked of how he had cleaned out his locker so his mom wouldn’t have to do it later and was carrying his stuff home. He looked hard at me and gave me a little smile.

“Thankfully, I was saved. God sent me a true best friend to save me from doing the unspeakable.”
I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment.

I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile. Not until that moment did I realize it’s depth. Never underestimate the power of your actions. With one small gesture you can change a person’s life. For better or for worse. God puts us all in each others lives to impact one another in some way.

Ok, the moment I read this story, I'm touched, and my tears burst out. Terharunya.. Bayangkan seorang yang kita tak jangka, muncul dalam hidup kita, dan tanpa kita sedar sebenarnya orang itu dah mengubah hidup kita 360 darjah.. Seorang sahabat sememangnya memberikan pengaruh yang cukup besar kepada personaliti kita selain dibentuk oleh keluarga dan persekitaran kita umumnya.

Dalam agama pun, kita memang dituntut untuk mencari sahabat yang soleh, yang ikhlas dan jujur menerima kita seadanya, dan pada masa yang sama sentiasa memberikan dorongan positif kepada kita untuk terus maju di jalan yang diredhai-Nya. Sahabat yang baik akan sentiasa memberi inspirasi dan menjadi motivator terbaik dalam susah mahupun senang.. selepas ibu bapa kita, ingat tu!.. =)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Kisah di atas adalah sebagai contoh, supaya kita sama-sama dapat ambil iktibar. Ayuh, jadi sahabat yang mencontohi sifat setiakawan para sahabat pada zaman Rasulullah..  Maassalam.. ^_^

Best Quotes of The Day;




Saturday, 10 November 2012

Bercuti untuk Selesaikan Assignment..

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk mid term.. Cepatnya masa berlalu, dah nak habis dah semester 3..
Cuti seminggu ni, banyak jugakla perancangan dan hampir semuanya berkaitan dengan assignment yang masih banyak tertangguh.

Balik ni, nak berehat dan release tension dari kelas tu tak jugak, sebab saya rasa ini adalah masa yang terbaik yang saya ada untuk lunaskan sebanyak mungkin tugasan saya sebab buka saja kampus nanti dah kena submit semuanya.. Ya, semuanya.. Penat?? Takpe, saya mampu.. InsyaaAllah.. Positif, Atikah, positif! huh! huhuhu... Q_O

Selain siapkan esei semester, ada lagi tugasan lain yang menanti dan kalau boleh saya nak selesaikan masa cuti ni jugak. Saya kena buat individual community service selama 8 jam dan daripada community service tu pula, ada report nak disiapkan dan perlu submit pada minggu 12 kuliah.. Minggu depan la, dah sah-sah kena sudahkan minggu ni jugak. Masih mencari idea, kerja-kerja sukarela yang macam mana eh? Mentol lampu, cepatla muncul dari kepalaku ni.. haha..

Masa buka email tadi pun, saya ada terima satu notification daripada presiden kelas Keamanan dan Kemanusiaan, meminta supaya saya mencari pertubuhan atau organisasi kebajikan yang ada di Kuala Lumpur atau sekitar Selangor untuk satu projek kerja amal untuk subjek ni. oh dear.. Please Sean.. I'm off for a week ok.. =P Hmm.. Yela, google kan ada.. hehe.. Never say never for our responsibilities okkay..

Oklah, sampai sini dulu.. tak tau nak cakap apa dah.. otak baru nak regenerate balik lepas dua hari mendapat tidur yang sempurna.. heee.. :D Maassalam.. ^^