Assalamualaikum..
Jumaat yang lalu,
hajatnya mahu diadakan gathering dengan rakan-rakan sekolah lama, gathering
terakhir sebelum salah seorang rakan akan berpindah terus dari Jitra ke Sg
Buloh kerana bapanya membeli rumah di sana.. Dalam ramai-ramai, hanya kami
bertiga (saya, Nabilah, dan Iqbal) yang ada rezeki bertemu dengan Azirah
sebelum beliau berpindah.. Sedih memang sedih, lepas ni memang dah susah nak
jumpa lagi macam selalu, entah dapat lagi ke tak kau datang rumah aku masa raya
macam setiap tahun tu, lepak, sharing good things about life, about..
Ehem-ehem.. Hehe.. Lepas ni FB je la yang jadi penghubung.
So, kurang lagi
kawan saya di Jitra ni.. Tapi nak buat macam mana, semua ni juga adalah
ketentuan-Nya.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap orang yang
mahukan perubahan pasti akan behijrah ke tempat baru untuk suatu kehidupan yang
lebih baik. Semoga sukses selalu, bahagia, dan teruskan usaha mencapai segala
impian, bahagia dunia akhirat dan berbakti untuk ummah.. May you become a good
muslimah and the best hamba Allah in your life..
Banyak nak cakap ni,
semoga murah rezeki, semoga sihat selalu, semoga ringan jodoh.. Haha..
Banyaklah "semoga-semoga"nya tu.. Kalau buat karangan 14 muka surat
pun tak habis..
10 tahun usia
persahabatan kami.. Sejarah keakraban kami mungkin tidak sama seperti orang
lain.. Ia banyak dimulakan dengan konflik yang caca marba terutamanya semasa di
tingkatan 1-3.. Kami selalu bergaduh, bertikam lidah.. Sampai satu masa tidak
mahu bertegur sapa.. Ada kalanya kami seolah-olah melancarkan perang dingin
antara satu sama lain. Untuk sentiasa dilihat ke hadapan dalam pelajaran dan
ingin mendapat tempat di hati guru-guru.. Betul taakkk??? Hahaha.. Immature
teenagers story.
Tapi lama-lama, dari
situ timbulnya satu perasaan.. Perasaan yang hangat, seolah-olah jalinan itu
adalah untuk memperlihatkan adanya hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang
terjalin antara kami semua, dan Azirah tidak terkecuali.. Kami mula akrab dan
menghargai satu sama lain sewaktu di tingkatan 4.. Di dalam kelas 4-5 Sains
2007/2008 SMK Tanjung Pauh itu, wujud satu persekitaran di mana kami sahaja yang faham, like we are all the rules in there.. yang membuatkan kami
sebenarnya tidak boleh berenggang dan saling memerlukan untuk tetap bertahan
dengan dugaan yang semakin lama semakin mencabar. Selalu adanya sikap saling
membantu.. We even discussed on the test questions together during the examination..
Haha that would be the most craziest moment to be remembered.. Meniru pun,
markah hampeh juga..
Kami belajar
bersama, kami berpersatuan bersama, kami hadapi tentangan orang yang tidak suka
dengan pendirian kami di sekolah itu bersama-sama, malah kami mengutuk satu
sama lain, juga bersama-sama.. Haha :P .. Di dalam satu kelas yang sama, kami
bersaing, bukan untuk menjatuhkan, tetapi mendorong untuk bangkit dan terus
melangkah maju ke hadapan, "kalau kau cepat surrender, kalau kau tak boleh
jadi lagi bagus daripada aku, kau loser!!!".. Musuh kami adalah diri kami
sendiri. Dengan kelebihannya masing-masing, dengan kekurangannya masing-masing,
kami menompang dan berpaut untuk saling melengkapi.
Tamat SPM,
masing-masing dengan haluan sendiri, ada yang dapat sambung belajar di
matrikulasi, ada yang ke maktab perguruan, ada juga ke politeknik.. Saya? Masa
tu frust sebab tak dapat tawaran ke mana-mana IPTA.. Nak masuk politeknik, itu
bukan kecenderungan saya.. Jadi saya mencuba nasib ke tingkatan 6. Berpecah,
yes.. Memang berpecah.. Ada yang ke selatan, ada yang ke timur, ada yang masih
kekal di utara, macam saya, ikut rezeki masing-masing.. Tapi itu tak pernah
merenggangkan persahabatan kami, sampailah saya dapat tawaran sambung belajar
di UM, Alhamdulillah.. Kami selalu berhubung, bertanya
khabar.. Dan setiap kali bila balik bercuti di kampung, kami masih berjumpa,
sampai sekarang.. Harap-harap lepas ni tradisi tu masih dikekalkan.. Hopefully
sampai ke anak cuculah kan.. :)
We won't say goodbye
to you.. There's no such things like that.. Just take care, come back often to
pay some visits and.. Dear, Azirah,.. We do love you! Ok, mohon touching laju-laju!!
No comments:
Post a Comment