Assalamualaikum..
Alhamdulillah
sekarang dah dalam cuti semester.. Memang sem ni tak banyak yang nak dikongsi..
Er.. Actually, memang banyak nak dikongsi.. Cuma simptom malas nak menaip
tula.. Eh, tak jugak, dekat fb laju je kan.. Haha..
Cuti ni takde banyak
sangat planning dalam kepala.. Saya dah kena mula menulis tesis sebab sem depan
dah nak submit.. Risau tu tak payah cakaplah, banyaknya dugaan.. Nak mencari
bahan, sumber yang tak cukup.. Bila dirujuk pada supervisor, Dr. Zul cakap sumber untuk tajuk saya tu memag
banyak di arkib dan main library UM. Tapi bila cari macam takde pula..
Ada sekali tu pernah
saya suarakan hasrat untuk tukar tajuk, berubah muka Dr. Zul, sambil betulkan
cermin mata, pusing-pusing pen, Dr pandang je saya..
"Kalau saya
yakin awak boleh buat, kenapa awak tak boleh yakin dengan diri awak sendiri?
Saya yakin awak mampu, Atikah.. Awak pelajar saya, saya kenal awak, lagipun
saya dah cakap dekat Prof Khoo Kay Kim tentang tajuk awak tu, dan beliau memang
teruja menantikan hasilnya, dan kalau tesis awak diterbitkan dalam jurnal, akan
membawa satu pengetahuan baru untuk pengajian sejarah di UM.. Tajuk awak yg
saya cadangkan tu tajuk yang fresh.. Belum ada mana-mana pengkaji sejarah yang
mengkaji.. Awak patut berbangga, Atikah.."kan.. Dah macam kena sental
dengan clorox je panjang lebar Dr brainwash saya masa tu..
Itulah masalahnya
sekarang, memang dah tak bleh tukar tajuk.. Especially bila Dr. cakap yang dia
dah bagitahu Prof Khoo Kay Kim pasal tu.. Bukan calang-calang orang, bukan
boleh sembarangan tu, Dr Zul memanglah, terujanya lain macam.. Macam tu sekali kepercayaan yang dihempaskan
atas bahu saya..
Terus-terang, sampai
hari ni saya blur lagi pasal tajuk tu.. Sebab tajuk tu bukan perancangan asal,
tapi cadangan Dr Zul sendiri. Of course saya tak salahkan Dr, sebab niat Dr
Cuma nak membantu memudahkan skop kajian.. Sebab katanya tajuk yang saya nak kaji
tu dah terlalu ramai pelajar sebelum ni dah tulis, bukan dari jabatan sejarah
je, tapi dari Akademi Pengajian Islam kebanyakannya, jadi kalau saya kaji pun,
dah takde variety.. Dan sebab saya memang berminat nak mengkaji tentang ekonomi
dan kewangan, perbankan, jadi Dr cadangkan tajuk berkaitan perbankan juga, Cuma
skopnya yang terpusing 360 darjah.. Memang macam langit dengan bumi, dan.. Dr
yakin saya boleh buat.. See?? Inilah masalah saya, orang lain yakin je dengan
kemampuan saya, saya je yang tak nampak-nampak sampai hari ni..
Kadang rasa macam
treasure hunt pun ada.. Dari sem lepas menggali, entahlah jumpa ke tak 50-50
je, tapi dah start menulis.. Haha, macam mana tu..
Time to motivate
yourself, Atikah.. This is so not you.. In shaa Allah percaya je akan ada
kesudahan yang terbaik untuk ini, kuncinya usaha jela.. Kurang 5 bulan je
lagi.. Harap sempat lah T..T .. Maassalam..
apa tajuk tesis?
ReplyDeleteapa tajuk tesis?
ReplyDelete