Selepas merasai
pengalaman diperolok-olokkan dalam soal hati perasaan, saya jadi fobia dengan
lelaki yang cuba menghulurkan salam perkenalan.. Bimbang jika pisang berbuah
dua kali, jadinya sekarang saya lebih berhati-hati.
Bukannya prejudis,
tidak! Saya faham.. Bukan semua lelaki jenis yang suka ambil kesempatan macam
tu. Cuma di pihak saya, saya mahu
bersendirian untuk sementara waktu. Sebab
proses untuk pulih memang mengambil masa.. Penatlah jadi bahan uji kaji.. Penat
mengharap pada sesuatu yang tidak pasti. Dan rasa malu pada Allah, bila setiap
kali pulang merintih padanya dalam keadaan hati yang sudah rosak dan kecewa.. Terasa besar kerugiannya.
Sebenarnya bukan
sebab itu saja.. Ada sebab lain yang membuatkan saya serik untuk mengalah
dengan perasaan sendiri.. Serik mengharap pada orang yang tak pernah nampak
effort kita untuk dia selama ni.. Bila fikir-fikir balik, mana letaknya harga
hati ni bila senang-senang ia diberi kepada orang yang tak tahu menghargai..
Sakit bila ingat balik pengalaman tu semua.. Maka dari situ timbul satu azam
baru, untuk tidak lagi terbuai-buai dengan perasaan yang tak berkesudahan,
untuk tidak lagi bertepuk sebelah tangan dan menunggu buah yang tidak mahu
jatuh.. dari situ wujudnya kesedaran untuk menilai kembali, kepada siapakah
prioriti itu sepatutnya diletakkah pada
kedudukan tertinggi dalam hati.
Saya ambil iktibar
dengan rasa kecewa tersebut dan cuba untuk bangkit dan menjadi seorang Atikah
yang baru.. Memang luar biasa perasaannya apabila kita cuba ikhlaskan diri dan
kembali kepada Allah.. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan rakan-rakan yang
soleh dan solehah dan tak putus-putus membantu memberi dorongan dan kekuatan
untuk bangkit kembali daripada khayalan-khayalan yang tidak berpenghujung itu..
Kata seorang rakan,
hidup memang untuk melestarikan cinta.. Tetapi cinta yang bagaimana? Dengan
keindahan dan amanah cinta dari Allah, maka di situlah letaknya bahagia.. Cinta
kepada keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada ummah, dan cinta sesama saudara..
Hari-hari kita terlalu indah untuk dibazirkan dengan sesuatu yang kita tidak
pasti apakah ia milik kita ataupun tidak.. Memiliki seseorang untuk kita
berkongsi rasa cinta, berkongsi hidup.. Itu masih panjang, dan belum tentu
menjadi milik kita.. Sedangkan kematian, dan perjalanan untuk pulang ke
pangkuan Tuhan sentiasa menghampiri kita saban waktu..
Katanya lagi
bukanlah kita tidak boleh berfikir langsung tentang perkara-perkara berkaitan
hati perasaan, kerana itu juga anugerah daripada Allah, fitrah setiap manusia..
Bila Allah tiupkan rasa itu dalam hati, tidak ada sesuatu pun yang dapat
menghalangi dengan izin-Nya.. Siapa kita menolak cinta? Siapa kita
menafikannya?? Cuma yang lebih perlu diberatkan adalah tanggungjawab menggalas
perasaan itu, kerana seperti hidup ini, cinta juga amanah yang tidak ternilai,
tiada ganti dan terlalu eksklusif.. Jadi semaikan juga kepada yang benar-benar
eksklusif, kepada yang berhak apabila kita benar-benar mempersiapkan diri
untuknya..
Alhamdulillah..
Sekarang saya semakin tenang melalui kehidupan yang diinginkan selama ini.
Walaupun beban tanggungjawab sosial yang semakin bertambah, dengan kehidupan di
kampus, dengan perancangan masa depan yang semakin kompleks, sekurang-kurangnya
saya sudah belajar untuk lebih fokus dengan matlamat saya..
Tetapi manusia tetap
manusia, hanya mampu merancang dengan baik, namun takdir Allah siapa yang
tahu.. Sungguh perancangan Dia jugalah yang paling sempurna.. seorang lagi
rakan berpesan kepada saya "let time heals you.. Mungkin sekarang belum
bersedia untuk itu, tapi bila hadir seseorang yang tepat pada waktu yang
tepat.. Everything will be going smoothly, and you'll be willingly to accept
without being force by anything.." Big thanks to her for making me realize
a lot more!