Tips 1 – Tekan butang “pause” – rehat seketika
Berhenti dan rehat seketika. Faktor terbesar
yang mempengaruhi tumpuan adalah rehat yang cukup dan ini telah diperakui oleh
banyak kajian. Penumpuan memerlukan minda anda sentiasa tenang dan
rileks. Tetapi pemikiran anda akan terganggu jika anda tidak cukup rehat.
Pastikan anda mendapat jumlah tidur yang cukup dan pada masa yang tepat. Jangan
tidur pada waktu yang tidak sesuai, ianya akan mengganggu ketenangan otak.
Sebaiknya mempunyai masa tidur yang tetap, dan ini merupakan langkah utama
untuk meningkatkan tumpuan belajar. Belajar dalam keadaan tidak cukup rehat
akan mendatangkan rasa letih dan kepenatan.
Rancang waktu rehat anda dengan gunakan setting
masa pada jam atau HP anda. Jika anda merancang waktu rehat, anda tidak akan
terlepas waktu untuk menyegarkan diri, atau anda tidak pula asyik kerap berehat
dan berehat. J
Kenapa perla ambil waktu untuk rehat seketika?
Otak anda memerlukan masa untuk cas semula selepas ia memproses sekumpulan
maklumat. Dalam beberapa kajian, berehat dan berjalan seketika akan
meningkatkan daya ingatan memori kita menjadi lebih baik.
Tips 2 – Masih tekan butang “pause” lagi –
muhasabah diri
Berhenti seketika dan muhasabah diri. Kenapa
kita tidak fokus? Apa sebabnya? Apa puncanya? Jika kerana kita kurang
keseriusan, atau kerana kita kerap membuang masa, maka perbaiki sikap kita.
Check hati kita. Bagaimana hubungan hati kita dengan Allah. Anda solat
tak? Doa tak? Solat sunat tak? Masa study berwuduk tak? Luruskan kembali
matlamat belajar. Ambil masa rehat sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan
lepaskan perlahan sambil di dalam hati katakan, Ya Allah, kuatkan diri ini! Ya
Allah, berikan kefahaman kepada diri ini. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini!
Lakukan kaedah penghapusan (zero defect) dengan
istighfar. 10kali, 21 kali, 33 kali, 70 kali, 100 kali. InsyaAllah, kekuatan
akan muncul. Dan kembali study.
Tips 3 – Buatlah perancangan
Sentiasa mempunyai rancangan untuk apa sahaja
yang anda mahu lakukan. Rancang masa ulangkaji, masa rehat, masa
bersantai, masa sosial, masa outing, masa khas dengan Allah SWT. Jika tiada
perancangan maka anda akan belajar mengikut rasa hati anda. Miliki jadual
hidup. Dalam jadual kehidupan adanya jadual belajar.
Tips 4 – Elakkan Gangguan dan belajar di
tempat yang sesuai
Anda perasan tak, semasa kita study, dalam masa
yang sama kita sering melayan FB, SMS, menonton TV or Youtube, layan panggilan
masuk dan macam-macam lagi. Semua ini faktor gangguan fokus. Adalah tidak bijak
untuk belajar dengan HP disisi, walaupun anda sudah set vibrate. Sebaik sahaja
sms baru masuk, anda akan melihat. Kita ini manusia! Anda tidak boleh fokus
pada belajar jika anda sedang berbual dengan seseorang yang lain atau melayan
sms. Maka, tutup seketika HP anda.
Carilah tempat belajar yang sesuai. Terkadang,
bilik tidur atau bilik darjah kita bukanlah tempat terbaik untuk belajar. Cari
tempat yang tenang, selesa, ada kerusi dan meja, anda boleh duduk dengan
sebaik-baiknya tanpa televisyen, komputer atau telefon bimbit dalam jangkauan
anda.
Katakan Tidak! Ya, tidak pada ajakan kawan anda
yang tidak penting. Ajakan kawan yang tidak penting merupakan satu bentuk
gangguan fokus. Berterus terang padanya, katakan anda perlu menyelesaikan
ulangkaji anda dulu.
Cari tempat yang ada ruang udara yang lancar.
Jauh dari kebisingan dan gangguan bunyi. Perpustakaan atau bilik study khas
adalah tempat yang terbaik.
Tips 5 – Memilih
masa yang sesuai
Ia akan membantu anda meningkatkan pusat
perhatian kepada study. Bilakah waktu anda belajar yang terbaik adalah saat
yang paling produktif. Jika anda seorang jenis bangun pagi, maka study waktu
pagi. Jika anda merupakan jenis “burung hantu”, maka study waktu malam. Anda
tahu diri anda lebih baik daripada orang lain, maka tentukan masa yang
terbaik apabila anda berada di kemuncak fokus anda dan kurangnya rasa letih. Ia
akan menjadi lebih sukar untuk fokus jika anda sedang melawan keletihan dan
masanya tidak sesuai.
Masalah utama pelajar ialah bila waktunya
hendak belajar, isu ini adalah kritikal. Maka yang baik ialah belajar harus
dilakukan hanya apabila anda dalam keadaan rehat yang cukup, dan memilih masa
belajar yang sesuai.
Tips 6 – Memberi
ganjaran kepada diri sendiri
Ini kadang-kadang membantu jika ianya boleh
mendorong anda menjadi rajin . Sebagai contoh, anda mungkin mengatakan
yang saya akan lakukan 30 minit kerja rumah, maka saya akan memberi ganjaran
diri saya dengan 15 minit menonton televisyen atau 10minit melayari FB. Atau,
setelah berjaya dari pagi hingga ke tengahari melakukan latih tubi menjawab
soalan, maka sebelah petangnya outing ke bandar atau ke pantai. Lama-kelamaan,
anda membina tabiat melakukan tugas tanpa mengharap sebarang ganjaran. Namun,
insyaAllah jika anda jelas bahawa belajar adalah satu ibadah kepada Allah, maka
anda akan punya semangat dan fokus untuk belajar kerana akan mendapat ganjaran
pahala dari Allah SWT.
Tips 7 – Membahagikan tugas yang lebih besar
kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
Kadang-kadang, kita rasa beban dan tidak
semangat belajar kerana kita merasakan banyak sangat tugas belajar yang perlu
di buat. Maka fokusnya mula menurun. Sebaliknya, kita boleh elakkan perasaan
ini dengan membahagikan tugasan anda mengikut sub topik dan keutamaan. Mulakan
yang anda minat dan suka dahulu. Perlahan-perlahan anda bergerak ke
bahagian-bahagian yang lain. InsyaAllah dengan cara ini dapat mengelakan rasa
tertekan, bosan, kecewa dan stress.
Tips 8 – Pilih
rakan belajar anda yang tepat.
Pilihlah seseorang yang serius untuk berjaya
dan berfokus seperti anda. Jangan belajar dengan kawan yang suka berbual dan
bermain-main, ianya hanya membuang masa anda. Memiliki rakan kongsi belajar
yang osem adalah satu idea yang hebat. Anda boleh berkongsi pandangan,
mengagihkan tugasan, saling berbincang dan menjawab soalan. Sewajarnya pilih
seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia kedengaran seperti sinis, tetapi
banyak orang terlepas pandang akan hal ini. Jika anda mahu belajar, memilih
rakan belajar yang pintar, berdedikasi, dan tidak keberatan mengajar kita. Sesi
belajar anda akan menjadi lebih baik. Kumpulan belajar yang efektif akan
dapat meningkatkan kuasa fokus belajar. Cuma jangan jadikan kumpulan
belajar kita tempat bergosip atau mengadu domba. J
Tips 9 – Amalkan kaedah belajar yang efektif.
Sebagai contoh, disiplinkan masa belajar anda
30 minit. Gunakan alat penjaga masa samada dengan jam atau HP anda dan tumpukan
belajar anda selama 30 minit tanpa gangguan. Kemudian berehat 5 minit. Kembali
dan ulang lagi 30 minit dan kemudian rehat lagi. Selepas 4 sesi, berehatlah 30
minit. Pergilah ke luar, menonton tv, meregangkan otot, dan melakukan apa
sahaja yang anda mahu. Kadang-kadang kita berasa berat belajar kerana apa yang
kita lihat ialah bahawa kita perlu belajar selama 4 jam. Pelbagaikan pendekatan
dan anda akan rasa seronok belajar. Fokus akan meningkat apabila kita seronok.
Tips 10 – Bina Kekuatan Motivasi
Apabila setiap kali anda merasa seperti hilang
fokus, maka bisikan pada diri anda kata-kata yang dapat menguatkan motivasi
anda untuk kembali fokus. Ingat, belajar ini adalah masa depan kita. Bukan
sahaja di dunia malahan di akhirat sana. Allah menjanjikan kepada hamba-Nya
yang berilmu ini kelebihan beberapa darjat.
Motivasi yang kuat khususnya dari dalam hati
kita akan mendorong kita bersungguh dan berfokus. Bacalah Al Quran sebagai
penguat jiwa. Bacalah buku-buku motivasi dan kisah-kisah orang berjaya. Jangan
pernah tinggal untuk berdoa dan berharap. Lemah motivasi akan menenggelamkan
potensi dan menggelapkan masa depan anda. Sering hilang fokus adalah mungkin
kerana jiwa kita tidak tenang dan celaru. Serabut dan bermasalah. Motivasinya
adalah dengan kembali kepada fitrah, carilah Allah dalam kehidupan anda.
Selamat berjaya dan menikmati saat indah
menjadi pelajar! Maassalam..
cc: Abu Ridhwan of LangitIlahi http://langitilahi.com/12349
No comments:
Post a Comment