Assalamualaikum w.b.t.. Semoga sentiasa dalam naungan kasih Ilahi.. =)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Itu ayat yang biasa kita dengar setiap kali berlaku sesuatu yang kita tak jangka atau yang kita tak nak hadapi.
Kisah yang nak dikongsi ni berlaku dua hari yang lalu. Sewaktu selesai sesi Peer Coaching Sahabat SERU yang terakhir, saya ingat lagi, masa tu dah pukul 11.20 malam.. I repeat.. 11.20 MALAM.. Apa yang berlaku.. Haa.... Pada Suatu malam.. cewah, suspen je.. =P
Balik malam tu, tak seperti malam-malam Peer Coaching Session yang sebelumnya, biasanya saya dan seorang lagi rakan (Maheran) akan tumpang bermalam di kolej kawan kelas kami di Kk3. Tapi hari tu kami decide nak balik terus ke Kk9 sebab besok awal-awal pagi jam 8 ada kelas Hubungan Etnik. Takut tak sempat, nanti kelam kelibut jadinya.
Kebetulan, salah seorang rakan Peer Coaching kami (Atiqah Malik) offer dekat semua rakan Peer Coaching yang lain untuk hantar kami balik ke kolej kediaman masing-masing, sebab dia bawa kereta yang dipinjamkan seorang rakan Sahabat SERU yang tak dapat hadir malam tu sebab ada urusan di Singapore. Dipendekkan cerita, saya dan dua orang rakan dari kolej yang sama (Maheran dan Fatin) dihantar pulang menaiki kereta tersebut yang dipandu oleh Hazwan, dan Atiqah monitor di sebelahnya.
Masa mula-mula naik kereta tu, saya dah rasa selamat dah, sebab ada kenderaan nak balik kolej. Kolej 9 tu, kalau tak kuat iman di dada, memang seram jugak nak jalan balik tambahan pula malam-malam macam ni. Tapi perasaan cuak mula timbul bila Hazwan dengan jujurnya cakap.. "eh, korang.. saya tak tahu jalan nak pergi kk9 ikut main gate ni." dan tambah cuak bila Atiqah pun mencelah.."haah, harap kat korang je nak cari jalan ke kk9. kite pun memang serius tak tahu."
Ok... Saya dan rakan-rakan kk9 yang duduk kat belakang ni mula berpandangan antara satu sama lain. Pandangan yang penuh pengharapan. Saya berlagak cool je walhal dalam hati.. "habisla... habisla... aku pun tak berapa terror keluar ikut main gate UM ni nak balik kk9." Saya terbayang kalaulah kereta si Azim ni ada GPS, alangkah indahnya dunia.
Sambil membebel pasal tak berapa pakar jalan-jalan kat KL ni, kami mula sedar yang perjalanan kami semakin jauh daripada biasa. Tapi saya dah start hairan masa sampai depan stesen Universiti lagi, cuma saya tak rasa menggelabah sangat sebab yakin masih ada jalan nak ke pusing balik ke Petaling Jaya. Tapi lama kelamaan... Oh, tidak.. Tersesat sudah.. Tiba-tiba nampak pula sign board ke Ipoh dan JB. Dan tahu-tahu je dah sampai kat area Bangsar. Sah! Memang tersasar dari jalan yang benar.. wahhh.. Nak nangis!! T_T
Tapi saya still berlagak cool lagi, muka maintain ayu je sebab kalau saya gelabah, yang dua orang kat depan tu lagi la cuak. Walaupun yang tengah memandu tu sebenarnya asal sini jugak.. Tapi dia sendiri mengaku tak berapa mahir jalan-jalan kat KL ni sebab banyak simpang.. Betul tu, banyak betul simpang kehidupan kat sini, sampai tersesat.. hehe..
Berbekalkan kekuatan mental dan spiritual (cewah.. haha).. Kami cuba menenangkan keadaan dengan beristighfar, berdoa dan beselawat sebanyak-banyaknya. Tambah yang memandu tu, asyik "Bismillahirrahmanirrahim" tak henti-henti.. Memangla, waktu-waktu kritikal macam ni, tak ada yang lain kita letakkan pengharapan 100% kecuali pada Allah, kerana dia yang Maha Melindungi. Atiqah dan Fatin pulak, sibuk telefon kawan masing-masing untuk tanya, macam mana nak buat bila dah tersilap masuk jalan nak ke selatan. Dan Maheran.. "Takpe, boleh cari pelan-pelan.." Relaks je cik kak sorang ni.. Saya pula?? Mata dibuka seluas-luasnya melihat signboard yang ada di simpang jalan, berbekalkan dua "mata" tambahan.. Heeee... =)))
Berpandukan papan-papan tanda yang disediakan dan nasihat rakan-rakan yang dihubungi, kami mencuba nasib. Sambil-sambil tu saya perhatikan jam di tangan, dah pukul 11.41.. Lebih kurang 15 minit sebelum pintu pagar kk9 ditutup. Positif, Atikah.. Positif!! takpe semua orang tengah berusaha.. bak kata Maher Zain, InsyaAllah, ada jalannya!!
Lama kami berpusing.. Akhirnya ternampak satu singboard ke Petaling Jaya semula.. Syukur Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu pulak jumpa simpang ke seksyen 18, hah.. Tu jalan Universiti.. Dah dekat dah.. Sabar, sikit lagi nak sampai.. Menara TM!!!!! Petunjuk konkrit kami dah kembali ke pangkal jalan.. hahaha.. hati mula berbunga riang, sambil kata syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. 10 minit kemudian, akhirnya... Sampai juga ke kk9 yang dicintai.. Amboi, dan-dan.. bak kata orang Kedah.. ^^
Kelakar jugak bila ingat-ingat balik.. Macam x-plorace pun ada.. Balik ke bilik, memang saya ketawa habis bila terkenangkan peristiwa tu. Lama saya termenung masa nak tidur, rutin biasa setiap hari.. sedar-sedar dah dekat jam 1 pagi, hah.. tak boleh jadi ni, esok mesti terlewat ke kelas. Haha, saya rasa saya tidur sambil senyum waktu tu, tanpa menyedari rupa-rupanya ada lagi perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Handphone saya tercicir dalam kereta Azim!! Astagfirullahalazim.. cuainya saya... Y_Y..
Dari pengalaman ni, ada beberapa perkara yang saya ambil sebagai pengajaran berharga. Pertama, kena belajar lagi untuk EXPLORE jalan-jalan di bandar-bandar besar terutamanya di KL ni. Silap jalan, sesatla jawabnya. Kedua, jangan cepat panik, bila terjadinya sesuatu yang mengusutkan fikiran, tak ada cara lain melainkan, TENANG... pujuklah hati supaya sentiasa tenang, dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat kembalinya segala masalah..
Ketiga, semangat berpasukan.. Bila jadi hal-hal yang macam ni, sebagai satu kumpulan yang berada dalam satu situasi yang merumitkan, mesti ada semangat saling mendukung antara satu sama lain. walaupun masing-masing dalam keadaan blur masa tu, tapi.. A brain can think something, but a team can do many things.. Apa yang penting,, KERJASAMA!! (lama betul tak tengok wonderpet..=P).
Pengajaran yang keempat, jangan ingat bila selesainya satu-satu masalah, maka berkhirlah semua kesulitan.. Ada lagi dugaan yang menanti dan ia menuntut kita BERFIKIR dengan lebih MATANG dan BERJIWA KENTAL bagi menghadapinya. Life is full of challenges, as long as you dare to face it with strength and positive thinking, you'll survive..
Dan pengajaran terakhir... Don't be so clumsy, tolonglah.. ><.. Sebagai contoh, saya tertinggal telefon dalam kereta Azim malam tu.. Aduhai.. cuai betul Atikah Zakaria ni... Hmm, tapi Alhamdulillah, nasib tercicir dalam kereta Azim, bolehla dapat balik, kalau terjatuh atas jalan, tak tahulah..Huru hara hidup saya sepanjang hari tu.. Terima kasih kepada yang membantu pulangkan semula boyfriend ketiga saya tu ye Hazwan dan Atiqah.. hehe.. Peace.. ^_~ v
Have agood day everyone.. Assalamualaikum..
Best Quotes of the Day..
"Semalam jadikan pedoman, hari ini teruskan perjalanan, dan esok melangkahlah dengan penuh impian.."
No comments:
Post a Comment