Assalamualaikum, semua.. Semoga dililmpahi rahmat Allah dalam cahaya Iman hendaknya.. =)
Hmm… Lamanya tak menjenguk blog ni, dah berhabuk dah.. biasala time-time study week ni, banyaknya topik nak kena recall balik.. Semoga dipermudahkan.. inshaAllah..
Oklah.. Back to the main point.. Sharing feeds hari ni, tentang Peer Coaching Session yang dah saya lalui selama empat minggu pada bulan lepas. Ingat lagi pasal Workshop Sahabat SERU yang saya ceritakan awal-awal dulu? Selama 4 sesi yang saya ikuti, macam-macam input yang saya dah dapat. Biar saya share ye pasal keempat-empat sesi tu.. Boleh ye? Ye?? Ye??? Hehe.. Sharing is caring.. =)
SESSION 1: GOAL SETTING..
Apabila bercakap tentang goal setting.. bayangkan…. Bagaimana nak menjaringkan bola sepak, bagaimana nak strike dalam bowling, bagaimana nak chat-mate dalam permainan catur.. dan, macam mana nak spite dengan baik masa main volley-ball (hah, favourite game tuu.. haha).
Analogi yang sangat tepat untuk diadaptasi dalam penetapan matlamat dalam hidup ni. Nampak macam benda simple kan.. tapi taklah semudah yang disangka.. Nak tetapkan matlamat, tak ada masalah.. tapi untuk capai matlamat tu, yang pipih takkan datang melayang betul tak?
-Focusing on The Outcome.. What is that I REALLY want to improve?
Ada 6 perkara pokok yang terdapat dalam aspek-aspek utama kehidupan yang saya perlu perbaiki.. Yup!! Sudah saya tetapkan..
1- Spiritual/ Religious Development.
2- Behavioral Development.
3- Health.
4- Academic Performances.
5- Personal & Leadership Development.
6-Extra-Curricular Involvement.
Rasanya tak perlulah saya terangkan panjang lebar di sini, sebab bahagian ni dah pun saya masukkan dalam post yang sebelumnya bertajuk “6 Most Important Aspects of My Life..”
-Specific Outcome.
Spesifikasi tentang diri saya yang selama ni saya rasa ianya terlalu membebankan dan menghalang potensi diri saya untuk terus maju ke depan iaitu rasa rendah diri. Bila berhadapan dengan kelompok yang ramai, mulalah saya menggelabah. Bukan sebab malu saja, tapi lebih kepada rasa takut, risau kalau-kalau saya buat silap.
Yup!! KESILAPAN.. Itulah perkara yang paling menakutkan saya bila perlu berhadapan dengan orang ramai. Terlalu risau jika apa yang saya buat di hadapan orang lain akan jadi sangat tidak sempurna dan… Ya, memang selalu ada je yang tak kena.
Walaupun pada dasarnya saya ni jenis individu yang mementingkan kesempurnaan, tapi pada masa yang sama saya ni agak kelam-kabut orangnya, cepat menggelabah, dan er.. agak cuai. Itulah yang membuatkan apa yang saya nak buat, jarang meletakkan saya dalam situasi yang positif.. seriously!!
Saya juga suka menilai sesuatu perkara itu dengan pandangan yang rumit. Belum apa-apa dah memikirkan kesusahan dan benda tu sangat melecehkan. Jadi benda-benda yang macam ni lah selalunya merendahkan tahap keyakinan yang ada pada saya.
-Are the goal something you truly want, or are they something you think you should have or should be doing? If it’s a should, it may be a good goal.
Ooo..k.. Hmm.. Sebenarnya prinsip hidup saya selama ni mudah saja; usaha sehabis daya, mesti dapatkan apa yang diinginkan tapi jika tak berhasil, maknanya itu bukan rezeki.
Kalau saya rasa sesuatu yang saya inginkan itu penting dalam hidup saya dan pada masa yang sama ia juga bermanfaat untuk orang lain, saya akan gunakan apa saja yang saya ada, (pengalaman, pengetahuan dan kewangan untuk mendapatkannya). Jika ia tidak penting, maka sampai bila-bila pun ia adalah ‘tidak penting’ untuk saya.
Saya sedar hidup ini perlu ada matlamat yang jelas. Dalam apa-apa aspek sekalipun, kalau tidak berlandaskan matlamat, umpama berada dalam sampan di tengah-tengah laut, tak ada pendayung.. Maka terumbang-ambinglah tanpa tujuan. Saya percaya, tak ada sesiapa pun yang nak berada dalam siatuasi macam tu, macam tu juga dengan saya.
Saya memang nak matlamat saya tercapai, sebab itu akan menjadikan hidup saya lebih bermakna. Masalahnya sekarang, nak mulakan tu yang rumit.
-Can you start and maintain this goal/outcome? Do you have complete control over achieving it? Obstacles and challenges?
Apa tu?? Maksudnya lebih kurang macam ni.. Boleh ke saya kekalkan matlamat dan hala tuju saya, dan apakah cabaran saya sepanjang saya berusaha untuk menetapkan matlamat tersebut?
Yes!! Saya memang dah ada planner sendiri tapi masalah yang selalu timbul adalah apabila ada saja perkara lain yang berlaku dan seringkali ia merubah rutin harian yang saya dah tentukan sepanjang hari tersebut. Ianya selalu saja menjadikan kerja-kerja saya tergendala. Dan lagi, apabila perkara yang saya rancangkan tu tak seperti apa yang saya mahukan, mulalah saya malas untuk teruskan lagi, lebih kurang macam fade-upla..
Untuk capai sesuatu matlamat, perlukan kebijaksanaan dalam menguruskan masa dengan lebih sistematik. Itulah yang saya cuba upgrade sejak dari semester pertama di universiti lagi. Memang banyak halangannya untuk saya menjaga ketepatan masa saya. Contoh, saya dah setkan dalam minda untuk sampai awal ke kelas, terutamanya pada waktu pagi, tapi ada saja situasi yang menyebabkan saya selalu gagal tiba pada waktu yang ditetapkan. Adalaa.. Rasanya tak payah sebut kot, nanti ada yang terasa.. huhu.. Sorry ye..
Cabaran yang seterusnya.. Moral support. Ini adalah aspek yang penting sebagai langkah awal untuk lakukan perkara-perkara yang positif. Contohnya bial saya beri makan kepada haiwan-haiwan terbiar. Contoh terdekat, kucing terbiar. Ada yang pandang sinis, kononnya saya buat perkara yang sia-sia. Bagi mereka, haiwan terbiar boleh hidup dengan sendirinya, tak perlu diberi makan, mereka tahu cari sendiri.. Mentaliti… haih, tolonglah…
-Who will you have to be to achieve this goal?
Sebenarnya ramai yang berpegang pada prinsip, “apa pun yang kita buat, kita perlu jadi diri sendiri.. Itu identiti kita yang tak ada pada orang lain.”
Absoloutely!! Saya setuju dengan pandangan tu, tapi bagi saya, selain berpegang pada prinsip “just be yourself”, pada masa yang sama saya rasa perlu ada “seseorang” yang memberikan kita inspirasi untuk berjaya sepertinya.
Dan untuk saya, memang ada ramai ikon yang saya jadikan role model yang selalu menaikkan semangat saya untuk terus berjalan.. walaupun cuma, little baby step journey.. hehe..
-Tun Mahathir.. Ya, walaupun apa yang saya ada sekarang jauh berbeza dengan pencapaian yang telah beliau lakukan, namun sifat-sifat ketokohan yang ada padanya yang saya ambil sebagai contoh iaitu tegas dalam mempertahankan prinsip, tak peduli pada cemuhan dan mementingkan kebergantungan terhadap keupayaan sendiri tanpa mengharapkan ianya datang bergolek dengan bantuan orang lain 100%.
-Sarah Joseph.. Saya admire dia sejak sekolah menengah lagi.. dan saya ingat lagi, ramai rakan-rakan saya mempertikaikan, kenapa saya begitu mengagumi wanita ini sedangkan tak banyak pencapaian yang dia lakukan. Dan lagi, ramai yang tak mengenali siapakan Sarah Joseph ini. Entahla, saya pun tak tahu kenapa saya memandang beliau sebagai seorang yang boleh dicontohi. Mungkin kerana aura yang ada padanya.. Mungkin.. tapi yang saya tahu, beliau adalah seorang saudara baru yang menghadapi banyak cabaran di awal pengislamannya. Dikecam keluarga, sahabat handai, kerana memilih Islam sebagai jalan hidup. Namun begitu, beliau tak pernah berputus asa. Dari bawah, beliau bangkit dengan semangat yang masih utuh dalam diri, bertemankan kekuatan spiritual, hidayah kurniaan Allah.. semoga kita juga begitu.. dan kelebihan yang ada dalam bidang penulisan dimanfaatkan sepenuhnya di pada Fisabilillah… Alhamdulillah, dakwah beliau melaliu penulisan dan persatuan-persatuan NGO yang diceburi banyak mambawa kebaikan pada umat masa kini.. Sebab itulah saya mengaguminya hingga kini.
Ikuechi Aya..
-Aya-San.. sesiapa yang ada menonton filem I Lttre of Tears pasti akan tersentuh dengan semangat gadis Jepun ini. Berdasarkan kisah benar yang berlaku, ketabahan dan semangat juang untuk teruskan kehidupan tak pernah luntur walaupun menderita dengan penyakit spinocerebellar degeneration. Beliau adalah seorang yang rajin berusaha dan sangat aktif sepanjang hidupnya. Pintar dalam pelajaran dan walaupun baru berusia lima belas tahun pada waktu itu, namun cara pemikirannya lebih matang berbanding remaja-remaja yang seusia dengannya. Sentiasa berinspirasi dan optimis dengan segala yang dihadapi hingga ke akhir hayatnya.
Encik Zakaria Said.
-Beliau menduduki tangga teratas dalam hidup saya. Abah yang amat saya kasihi. Tiada tolok bandingnya di dunia ini dan tiada ganti. Dialah yang memberi saya banyak inspirasi dan sumber kekuatan saya untuk bangkit daripada setiap kekecawaan, dia membimbing saya setiap kali saya jatuh dan dirundung kegagalan. He’s my hero. He’s my king, and he’s my everything. Pemergiannya pada 30/9/2011 yang lalu meninggalkan impak yang cukup dahsyat dalam hidup saya. Terasa seperti separuh nyawa ini turut hilang bersamanya. Kerana selama hayatnya, hidup saya tak pernah sunyi daripada nasihat, “bebelan”, dan kasih sayang yang dicurahkan untuk kami sekeluarga. Ketiadaannya sedikit sebanyak menjadikan saya hilang arah pada awalnya. Namun yang pergi tetap akan pergi, tapi kenangannya tetap hidup dalam hati. Abah tetap ada, cuma perbezaan alam yang memisahkan.
Kata-kata semangat dan didikannya selama ini adalah kekuatan untuk saya terus bertahan. Dia mengajar saya untuk cekal sepertinya, kerana sepanjang hayat, dia tak pernah hidup dalam kesenangan, segalanya penuh dengan kepahitan, tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk membahagiakan kami sekeluarga. Segala musibah diterimanya dengan hati yang lapang dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Tuhan tetapi berusaha keras untuk memperbaiki setiap kekurangan dengan tenang dan sabar. Dia tegas, tapi itulah kebanggaan kami. Abah kami tegas, tapi penuh dengan sifat penyayang, dan orang sekeliling sangat senang dengannya. Ya, kami bahagia.. kerana apa yang diberikannya lebih dari cukup.. didikan, kasih sayang, pengorbanan, kemanusiaan, sahsiah dan yang paling penting, agama.. itulah yang paling dititikberatkan arwah dalam membentuk kami adik-beradik sebagai insan yang patuh dan bermanfaat kepada agama dan sesama makhluk. My abah is the best in the whole world. And he’s been my inspiration forever.. Emak as well, 3x extra.. =). I am proud and I feel blessed to be your princess..
What resources do you already have to help you achieve your gaol? (Things, people, personal qualities, skill, info finance, etc)
a) Keluarga/ Family members..
-First and a very foremost ! Mereka sentiasa ada untuk saya setiap kali saya dalam kesusahan
-tak pernah abaikan kebajikan dan keperluan saya dan sentiasa update dengan keadaan saya terutamanya sekarang bila saya jauh dari mereka. Jauh di mata je, tapi dala hati, “you are number one”
-Sumber kekuatan untuk saya teruskan perjuangan.
b) Iman / Faith.
-Kalau bukan kerana nak cari redha Allah dalam hidup ni, dah lama saya menyerah dan berputus asa. Tapi sikap itu bukanlah cirri umat Nabi Muhammad s.a.w yang sejati. Lantaran itu saya masih mampu bertahan.
-saya sedar, hidup ini amanah. Kejayaan juga menjadi tuntutan dalam agama selepas ibadah. Dan melakukan kebaikan kerana Allah juga dikira ibadah.
c) Sahabat Baik/ Best Friends.
Merekalah peneman saya di sini. Sepanjang di perantauan, kami sentiasa menyokong dan membimbing antara satu sama lain. Sahabat adalah keluarga kedua kita kan..
-mereka terima kekurangan saya. They truly accept me myself as who I am. Sentiasa membantu setiap kali saya bermasalah. Di sini (kampus), merekalah keluarga saya. Saya takkan mapu hidup sendirian walaupun saya cukup dari segi kebendaan. Sahabatlah cerminan peribadi, dan saling melengkapi..
d) Kewangan/ Finance.
-Memang betul, duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit. Dan duit takkan boleh beli semuanya di dunia ini, tapi tanpanya juga banyak urusan boleh tergendala. Ia adalah sebagai medium sokongan untuk kita mencapai matlamat yang diidamkan. Asalkan sumber dan salurannya adalah ke jalan kebaikan, insha Allah imbuhannya berlipat kali ganda.
e)Lessons Learned.
-kegagalan lampau banyak mengajar saya untuk tidak mudah menyerah kalah dan kuat meneruskan perjalanan hidup.
-saya lebih bermotivasi terutamanya sewaktu kecundang dalam SPM dulu. Dari situlah saya bulatkan azam untuk bangkit berjuang, dan. Alhamdulillah, now here I am. Pengalaman lampau akan tetap saya jadikan pedoman dan pengajaran berharga.
Itu saja untuk post kali ini.. Ma’assalam.. =)
Best Quotes of the day..
“Senyumlah seindah suria pagi.. kerana hangatnya menyenangkan bagi yang merasa tempiasnya.. “
No comments:
Post a Comment