Bulan,
seperti biasa, sudahkanlah rajukmu
kerana selama waktu kau sembunyi,
sudah ada yang mula rindu.
siapa??
Itu dia.
yang sering-sering kau pujuk dahulu.
Bulan,
Sini aku bisik padamu sesuatu.
"Lihat dalam air, nampak bayang-bayang.
Campak satu batu, bayang pun hilang."
Bagi kamu itu apa?
kalau bagi aku, itulah--
--kenangan, dan angan-angan--
yang sukar dilepaskan, malah sukar juga didapatkan
akan tetap itu juga menyakitkan.
Aku faham.
Aku mengerti kenapa kau begitu.
Cuma sekarang aku minta,
Senyumlah untuk aku sekejap saja. Boleh? :)
No comments:
Post a Comment