Assalamualaikum..
Sebelum
itu, salam Maal Hijrah.. Semoga dilimpahi rahmat dari Tuhan dan dipermudahkan
jalan mujahadah ini.
Tahun
silih berganti.. Apa yang diharapkan tidak lain hanyalah penghijrahan diri
menjadi seorang yang lebih baik dari semasa ke semasa. Tidak dinafikan dalam
menempuh haluan hidup yang penuh liku ini bermacam ujian yang menerpa. Dan
kebanyakannya memang menguji keteguhan hati dan peribadi. Allah saja tahu
betapa sakitnya bila jatuh. Di situ kita tahu siapa yang kekal dan siapa yang
hanya tahu berpaling dan meninggalkan.
Tak
apalah. Yang berlalu biarkan saja ia pergi. Mari, mulakan satu catatan buku
yang baru. Yang lebih indah dan penuh barakah, InshaAllah. Setiap dugaan yang
hadir itu ibarat pelengkap ceritera hidup ini, sebagai satu kesaksian
nilai-nilai kehambaan, bahawa semakin banyak seseorang hamba itu diuji dalam
rentak hidupnya, maka semakin itu dia menjadi dekat dengan Tuhannya.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas warna warni hidup yang kau anugerahkan
kepada hamba yang hina ini.
Hidup ini
pilihan. Maka dalam memilih yang terbaik, nilaikan juga kepada mereka yang
memberikan kebaikan kepada kita. Mengapa perlu difikirkan dan berdukacita atas
perbuatan negatif orang kepada kita? Sedangkan dalam ramai yang menyakitimu,
ternyata lebih ramai lagi yang menyintai dan menghargai dirimu seadanya. Fokus kepada mereka itu, kerana di situ
adanya titik bahagia dalam hidup. Biar tidak seberapa, asalkan kasih sayang itu
abadi, dan ikhlas kerana Allah taala. Jangan disia-siakan doa orang yang setia ingin melihat kita bahagia.
InshaAllah, orang yang selalu menjadikan kita dekat denga Tuhan, yang selalu
membahagiakan kita, itulah dia yang akan menjadi peneman kita di syurga-Nya
kelak.
Maka,
bila jatuh, lekas-lekas bangun, bila terluka, cepat-cepat basuh, kerana ada
yang menantimu di depan sana untuk kau terus mara ke hadapan dan yang penting,
Allah ada dan Dia tidak suka hamba-hamba-Nya senang benar berputus asa dari
segala mehnah hidup yang dilalui ini.. Mujahadah itu pahit, tapi buahnya manis
bukan? Dan ingatlah, kita hamba memang lemah, tapi tak bermakna kita ini
lembik.. Self noted! Bangkit!! :)