Wednesday, 27 August 2014

Let Go..

Assalamualaikum,..

"I balas balik apa yang dia cakap pada I.. I cakap dia poyo, loser.. tapi to that extend, I terfikir.. itu takkan membuatkan I nampak hebat di depan semua orang.. I cakap dia bodoh, tapi itu tak membuatkan I pandai pun. Bila I fikir-fikirkan balik, buat apalah I nak balas segala benda menyakitkan hati yang orang buat pada I tu.. Itu pun takkan membezakan I dengan diorang. So I just let go of it, buat apa nak sakitkan kepala dengan benda-benda yang tak ada faedah, nanti I juga yang sakit.. Bila I let go, hati pun tenang, jiwa lapang.. hidup pun aman damai.."

I swear I love this dialogue.. tak ingatlah drama apa, tapi memang kata-kata daripada skrip ni ada betulnya. buat apalah nak sakit-sakitkan kepala, sesakkan hati memikirkan cakap-cakap belakang orang pasal kita. Banyak lagi benda yang memberi faedah yang kita boleh fokuskan dalam hidup ni kan..

Jadi janganlah terlalu membebankan hati dengan memikirkan persepsi orang pada kita.. bukan dengan kata-kata mereka yang memberikan kita kehidupan.. bukan dengan kata-kata mereka juga yang menjadikan kita mati.. bukan.. tapi penerimaan kita itulah yang meletakkan siapa kita terhadap diri kita sendiri.

Biarlah apa pun pandangan mereka terhadap kita, biarlah satu dunia menjauhi, biar satu dunia membenci dan menghakimi perkara yang tidak benar yang mereka fikir tentang diri kita. We don't need the whole world to know the truth.. only Allah does, hanya Dia yang layak menilai dosa pahala, buruk baik kita di hadapan-Nya. Kita buat perkara baik, sehabis baik, sedaya upaya kita, kita tak perlu sesiapapun mengetahui dan menyukainya melainkan Allah. Kita buat sesuatu biarlah dengan keredhaan Allah, bukan atas persetujuan dan penerimaan manusia dengan sesungguhnya. kalaulah penilaian manusia yang menjadi dalil kepada segala amalan kita di dunia ini, maka tiada lain yang akan kita prolehi selain sesuatu yang sia-sia.

biar orang kata kita hipokrit, biar orang kata kita ini FAKE, tapi yang mengetahui isi hati kita hanya Allah taala. Manusia hanya akan terus menghukum, hanya tahu memberi pengadilan daripada cakap-cakap belakang orang lain tentang diri kita ini tanpa asas yang adil yang untuk semua pihak terutamanya kita, dan tanpa mendengar bicara dari mulut kita sendiri tentang letak duduk sesuatu perkara yang sebenarnya. Biarlah, biar saja, kerana seumur hidup tidak akan pernah cukup untuk kita memuaskan hati semua orang di dunia ini.

Jadi lepaskan segala tekanan itu, beri hati dan jiwa kepada Allah sahaja, Dialah yang Maha Penyembuh dan Memelihara. Pasti ada hikmah kenapa semua ini terjadi, sama ada ianya ujian, atau kifarah. Juahkan diri buat seketika dari negativiti itu, dan jalani kehidupan ini seperti biasa dengan gembira. :)
-----------------------------------------------------------------------------
Aku optimis dan terhibur dengan bicara Khaliq dalam ayat-ayat cinta-Nya bahawa,
apakah manusia itu dibiarkan mengaku beriman tanpa diuji?
Terima Kasih, ya Allah..
Engkaulah saja yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment