Friday, 1 June 2012

My Final Peer Coaching Session of Sahabat SERU

SESSION 4 : Wrap-up Session.
Sesi yang keempat ni adalah sesi terakhir Peer Coaching. Sedih, lepas ni mesti saya rindukan kawan-kawan saya, dan Kak Elin. Insha Allah, kalau ada rezeki, masa Minggu Haluan Siswa intake baru pelajar UM, kami jumpa lagi untuk 4 jam sesi coaching bersama junior-junior pula.

Dalam wrap-up session ni, kami buat round-off. Kiranya macam merumuskan apa yang telah kami perolehi sepanjang workshop dan peer coaching tersebut diadakan. Panjang lebar ulasan saya dengan ahli-ahli kumpulan saya masa tu. Masing-masing dengan partner masing-masing. Semangat sungguh kami berazam untuk mantapkan corak kehidupan dari semasa ke semasa. Antara yang disimpulkan:

What have I achieved during the coaching session?
-Apa yang saya dapat?? First and foremost.. mestilah social network.. lebih kurangla.. I make new friends. Yang bestnya, kawan-kawan baru saya tu daripada fakulti yang berbeza, kolej yang berbeza.. dan lagi, daipada negara yang berbeza. Dari Iran, Indonesia dan Singapura. Bagusnya dapat berkenalan dengan mereka semua. Boleh tahu cara mereka berfikir, bertukar-tukar pendapat berkaitan isu-isu semasa, berkongsi pengetahuan tentang budaya dan tempat masing-masing. Terasa minda semakin tercerna.

- Confident level pun dapat approach dengan semakin baik. Tak perlu lagi takut-takut untuk tampil ke depan dan mengemukakan pandangan dan berkongsi input yang berguna dengan orang sekeliling. Sharing is caring right..

- Saya jadi semakin.. emm.. apa ye istilahnya..lebih kurang macam teraturla.. ya, teratur.. sikitla.. Apa yang saya dapati adalah.. planner yang saya ada selama ni kurang berkesan, sebab tak ada guideline yang betul. Patutlah selama ni susah betul nak patuh pada planner.. Lepas masuk program ni, sedikit sebanyak ianya membantu saya untuk organize planner saya dengan lebih teratur dan effective.

What specifically I have achieved or am doing differently as a direct result of the coaching?
-Positif mindset.. Ya.. Saya akui, sepanjang hidup saya, sebagai seorang pelajar dan ahli masyarakat, apa yang ada dalam fikiran saya banyak yang negative berbanding positif. Sebab tu agaknya muka saya berkerut je selalu.. wahh, tua sebelum usiala jawabnya.. Tak nak dah macam tu. Dan setiap kali sikap ni mula datang dalam diri saya, cepat-cepat saya reset dalam kepala.. “positif, positif.. Positif Atikah.. Semuanya berhikmah..”

- I great people first.. Sekarang saya dah mula memahami. Macam mana saya segan nak tegur orang, macam tulah orang segan nak tegur saya. Jadi sebagai langkah awal untuk eratkan silaturrahim, saya akan tegur orang lain terlebih dahulu. Mostly rakan-rakan Muslimah atau perempuan, kalau dengan rakan-rakan Muslim atau lelaki pula, err.. Macam biasa, yang betul-betul rapat je.. Well, seriously.. I need more time for that.. Saya ni pemalu la.. What to do?

- I became more open minded on the certain things. Terbuka menerima kritikan, terbuka menerima teguran, dan terbuka menerima cadangan. Walaupun dalam hati, “tak setuju langsung..” tapi setiap orang punya pandangan dan penilaian masing-masing. Dan kalau saya rasa saya nak bangkang pendapat seseorang tu, saya dah mula belajar untuk lebih bersikap professional. Dengar baik-baik, dan lepas tu barulah saya kemukakan pandangan saya yang bertentangan tu dengan penuh diplomasi. Ya, terbuka, terbuka juga.. tapi pendirian sendiri juga perlulah tegas, tetap dan teguh.. uiks.. 3 T? hmm.. boleh juga..

What are my goals and dreams in life right now for the following?
-I want to live my life in optimistic point of view. Hidup ni penuh dengan cabaran, bila penuh dengan cabaran.. Macam-macam kesulitan yang akan kita tempuhi. Tak kisahla dalam kondisi apa pun, sebagai pelajar, sebagai anak, sebagai sahabat, ahli masyarakat dan hamba Allah. Tak ada yang senang dalam hidup ni. Tapi itu tak bermakna setiap dugaan hidup itu perlu dihadapi dengan kesedihan dan keluhan yang tak berkesudahan, dan pada masa yang sama, tak boleh buat sambil lewa juga. That’s a life. Perlu sentiasa optimis dan pada masa yang sama berusaha sehabis daya untuk jadikannya sebagai sesuatu yang lebih baik dan bernilai. Barulah rasa terisi hidup ni kan..

- I want to finish everything I’ve started and I aim to progress in anything I do with successful. Atikah Zakaria.. Orangnya sentiasa beridea (mula dah angkat bakul.. heee.. =P ), kalau buat apa-apa masa mula-mula je bersemangat waja. Tapi bila sampai separuh jalan, ada je yang tergendala. Macam karya-karya penulisan saya.. banyak idea, banyak dah mula, but to finish it, it may takes forever. Ok, saya akan ubah sikap tu.. inshaAllah, sedikit-sedikit saya akan cuba habiskan apa yang telah saya mulakan..

-I want to be part of the society. No more individualism. Sebelum ni saya memang suka menyendiri. Kalau nak bersosial pun, dalam kalangan rakan-rakan yang betul-betul rapat dengan saya je. Tapi saya tahu, kehidupan takkan berhasil kalau berseorangan. Bila lebih luas pergaulan dengan masyarakat, lebih banyak ilmu dan pengajaran yang kita boleh dapat dan kongsikan antara satu sama lain, dan jadi lebih proaktif. Ibarat ranting kayu, kalau sebatang, senang saja untuk dipatahkan, cuba sepuluh, dua puluh, seratus.. that’s what we call, bersatu kita teguh…

What are my top  5 priorities in life as I now understand them?
1) Religion. Manusia memang tak dapat lari dari agama. Kerana agama, ketamadunan manusia juga terbentuk. Dan tanpa agama, hidup memang terumbang-ambing, macam layang-layang putus tali.. malah lebih teruk. Saya pun tak cukup bagus bab-bab ni,, tapi sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran, jadi.. Fikirlah..

2) Family and friends.. kalau ditanya seratus juta kali pun, jawapannya adalah seratus juta kali benda yang sama. Meraka adalah anatara yang saya titikberatkan dalam hidup saya. Serabutnya hidup kalau tanpa mereka. Seriously..

 3) Education. “Awal suruhan ialah membaca” pepatah ni kan keyword kepada kepentingan ilmu terhadap  manusia. Manusia boleh kaya dengan harta, tapi belum tentu bahagia kalau tak ada ilmu. Pendidikan itu penting, selain untuk kesejahteraan masa depan, ia juga merupakan tuntutan agama. Sunnah Rasulullah.. Jadi tak ada alasan untuk mengabaikan kedudukan pendidikan dalam kehidupan. Semoga Allah izinkan, selagi termampu, saya mahu berjaya dalam pelajaran dan tuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

4) Health. Health is wealth.. Kehidupan yang teratur dan sejahtera banyak juga dipengaruhi dan bergantung kepada taraf kesihatan. Dulu saya tak begitu titikberatkan soal kesihatan. Sakit ke, demam, saya biarkan je. Sebab dalam minda saya, saya dah tetapkan. Nanti sembuh juga dengan sendirinya. Paling tidak, saya akan bergantung pada keluarga sepenuhnya bila jatuh sakit, sebab saya tahu mereka akan bagi perhatian penuh pada saya. Sekarang bila dah berjauhan dengan keluarga, saya mesti berdikari. Ya, memang betul dekat sini ada sahabat-handai yang boleh tengok-tengokkan, tapi sampai bila? Saya dah besar, dah dalam lingkungan awal dewasa. Patutnya saya bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri sepenuhnya, kesihatan tak boleh dipandang ringan. Bila sakit, kita bukan saja menyusahkan diri sendiri, tapi juga orang sekeliling, nak beribadat pun susah.

5) Money/Finance. Zaman sekarang, nak tak nak saya kena terima hakikat, wang itu sangatlah penting. Memanglah sifat zuhud itu perlu dididik supaya dapat mengawal nafsu. Tapi tak semestinya kita perlu abaikan keperluan diri yang utama. Dan lagi, nak buat amal kebajikan juga sekarang mahu atau tidak mesti ada sumber kewangan yang cukup atau lebih. Contohnya nak menderma sesuatu.. Sumber untuk dapatkan bahan itu perlu dengan wang ringgit. Harta benda juga asalnya diperoleh dengan wang ringgit. Bukan semua lah macam tu, tapi kebanyakannya sekarang memang begitu. Nak berdakwah misalnya, zaman sekarang perlu lebih kreatif mencari alternatif untuk itu, sebab masyarakat sekarang sudah semakin maju. Semuanya tentang teknologi, dan itu memerlukan duit. Nak edarkan risalah, nak terbitkan bahan cetak  berbentuk dakwah, even nak berniaga pun modal asasnya adalah kewangan. Asalkan ia datang dari sumber yang sahih dan halal, itu yang penting.
What limiting beliefs have I let go of that I no longer believe.
1)  Saya hanya boleh berjaya dalam bidang saya yang khusus saja. Contohnya di universiti. Saya ni pelajar aliran kemanusiaan. Jadi kepakaran dan kelebihan saya hanya dalam bidang kemanusiaan saja. Bukan bidang lain. Teori tu berubah sama sekali bila saya involve dengan sahabat SERU ni. Tambahan pula lepas selesai menjayakan Minggu Usahawan hari tu, saya yakin saya ada kebolehan untuk berniaga, hanya kena belajar dengan lebih detail dan berfikir dengan lebih kritis. Manusia dilahirkan dengan sifat genius yang semula jadi. Itu anugerah Tuhan. Setiap daripada kita ada potensi yang pelbagai, cuma perlu dicari, diasah dan digilap supaya lebih bersinar.. wah3.. haha.. Do you believe in multi tasking or multiple intelligences? Well then, we were all born with it..

2)  Masa selalu tak cukup. Bertarung dengan masa yang sentiasa suntuk selalu meletakkan saya dalam situasi bagai nak gila. Itu tak sempat, ini tak sempat. Mungkin sebab tu juga, saya cepat naik angin kalau ada yang tak tepati masa bila berjanji. Sebab saya akan anggap orang tu dah curi dan buang masa saya. Sia-sia je, banyak lagi saya perlu uruskan, sesaat masa yang berlalu tak mampu ditebus dengan segunung emas sekalipun. Satu-satu tugasan atau perkara yang perlu disiapkan segera, juga tak mampu terkejar dek masa.

Hmm.. Sempitnya pemikiran saya sebelum ni kan. Allah yang Maha Bijaksana. 24 jam sehari memang cukup, cukup sangat-sangat jika kita pandai uruskannya dengan sistematik. Memanglah, nak buat semua perkara dalam satu masa, manalah sempat, sebab tulah kena ada planner. Masa itu kan amanah, bagaimana kita uruskannya, begitulah juga hasil yang akan kita perolehi. Pandai-pandailah bahagikan dengan sebaik mungkin, masa bila perlu belajar, beriadah, berhibur, dan yang paling penting, masa untuk beribadat. Semua itu akan ditanya di akhirat kelak. Masa muda kita, bagaimana ia dilunaskan dan surah al-Asr itu sebagai bukti.  

Tapi bab tepati masa tu, memang tak ada kompromi. Saya tak suka bertolak ansur dengan orang yang tak tepati masa. Fakta tu memang tak boleh diubah lagi. Saya rasa semua orang pun macam tu kan. Pantang datuk nenek tujuh keturunan bila janji jam 9, jam 10 baru muncul.. Betul tak? Betul tak? Betul tak? Unless kalau ada sebab munasabah. Kan???

What positive new believe do I have that I now believe..
1) I can be a good leader. Haha, mula-mula memang rasa nak ketawa je bila dengar statement ni. But I think it is ok to put trust in ourselves that we can be a good leader. When we believe so, then we’ll struggling to put effort to make it possible.
2) I have talent to do something good that can benefit others. Macam, tu lah.. Jadi orang tengah.. Bak kata Kak Elin, “Pegawai Perhubungan Diplomatik”. Saya suka mendengar masalah dan keluh kesah sahabat-sahabat saya. TAPI!! Saya bukan busy body okeh.. Orang nak cerita, dengar jela. Boleh jadi pengajaran untuk diri sendiri jugak. Dan, masa ni la nak asah bakat jadi kaunselor tak bertauliah.. Apa salahnya, sekali sekala buat orang rasa dihargai kan. Cuma kalau masalah berkaitan hati perasaan tu, tak dapek den nak menolongnya.. rumah tangga orang.. hehe, dengar je bolehla.. =P

How is my life different as a result of the learning I have made during the coaching period? What I have learned that I will carry forward in life?
1) I become more appreciative towards other people. Hargai, dan terima mereka seadanya. Tapi pada masa yang sama, kena sentiasa encourage mereka untuk sentiasa maju dan positif dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
2) I become more optimists towards any challenges that hit my life. How to eat an elephant? That’s right.. Cut into pieces!!! =)
3) More Responsive. Dulu saya tak berapa respon bila orang bercerita, tapi sekarang saya jadi lebih alert. Yela, bila orang nak bercerita, itu maknanya dia percayakan kita untuk berkongsi isi hati dan pandangannya dengan kita. Tidakkah itu sungguh mengharukan? Heeee.. ^^
What has been the best bit of the coaching for me?
1)  To love, and to be loved.. Appreciate and.. sharing is caring. Lebih-lebih lagi bila berpeluang belajar tentang Love Language dan 4 Basic personality.. Saya orang Melancholy + Sangguine!! =D.. dan Love Language saya adalah Quality of Time.. No wonder kenapa saya sayang dengan masa saya.. yela sangat.. Dan, saya juga dah boleh faham sikit-sikit tentang sikap seseorang, kenapa dia begitu dan apa nak buat dengan orang macam tu hasil daripada apa segala input yang saya dapat daripada program ini.
2) Learning process.. Seronoknya dapat belajar banyak benda.. Belajar sesuatu yang baru tak semestinya berpandukan apa yang ada dalam syllabus. Tapi pelajaran juga boleh diperoleh daripada pengalaman diri dan orang lain.
3) I like everyone in U-Youth team members!! That all.. =)

What are the best things abaout my life?
1) My Religion.. Alhamdulillah.. Bertuahnya dilahirkan dalam Islam.. Semoga dapat mengecapi nikmat Islam dan Iman.. dan jadi Hamba Allah yang baik dan bertaqwa..
2) My properties.. Of course.. Keluarga saya, sahabat-sahabat saya, pelajaran saya.. itulah harta saya yang paling best di dunia ni.. 
3) My Blog.. Bestnya ada blog.. segala yang baik boleh dikongsi dengan sesiapa saja. Haha, baru tahu.. =)

What else would I like to note down that would be useful to me going forward?
1) Respect the environment. It is one of the most important part of our life as well. Dah jaga hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia.. Hubungan sesama makhluk juga perlu dijaga. Baru boleh jadi insan yang berkualiti..
2) How to start a business. Just a business… Hmm.. How to start ah??

Selesai Peer Coaching untuk keempat-empat minggu. Alhamdulillah, semua peer coaching dapat dijalankan dengan jayanya. Part paling touching masa round table, semua ahli kumpulan termasuk Kak Elin bagi feedback dari hati ke hati. Saya memang gembira dalam group U-Youth ni. semuanya sungguh berinspirasi. Dan saya rasa group ni yang paling comel.. wahh.. jangan jelous.. (^_~)

Have a great day, everyone..  Assalamualaikum.. =)

Best Quotes of the Day..
"Success seems to be connected with action. Successful people keep moving. They make mistakes, but they don't quit.."


No comments:

Post a Comment