Assalamualaikum. Lama betul tak bertandang ke ruangan ni. Ruang
yang dahulunya selalu menjadi tempat aku meluah dan berkongsi hampir segalanya
yang aku rasa. InshaAllah, aku akan kembali memeriahkan ruang penulisan tanpa
had ini sebagai tempat aku menghimpunkan
segala kisah yang boleh memberi kebaikan kepada semua. Sebenarnya ini bukanlah
satu azam tahun baru aku, tapi lebih kepada salah satu alternative baharu untuk
aku mengawal ketagihan aku terhadap penggunaan media sosial yang berlebihan. Sepanjang
setahun aku perhatikan keadaan aku, dan bila aku buat muzakarah dengan diri
sendiri, aku rasa aku ni terlalu banyak menghabiskan masa di dunia maya
berbanding berpijak di bumi yang nyata. Dan ternyata itu lebih banyak
mendatangkan rasa murung dalam jiwa ini yang makin lama aku rasa aku agak
bergantung dengan dunia maya untuk mengisi kekosongan yang sekian lama
bersarang di hati ini. Dahulu, aku selalu terfikir, kalau aku banyak cari info
melalui media sosial, hari-hari aku akan lebih terisi, aku akan lupa ‘that
loneliness’ yang selama ini aku tanggung sendiri. But somehow aku rasa makin teruk, rasa makin tak matang. Sebab semua benda nak dipost, dikongsi setiap
masa untuk tatapan kenalan maya yang belum tentu faham dengan apa yang kita nak
sampaikan, macam hidup ini dijalani untuk dipertontonkan pada sebanyak mungkin
manusia yang kita kenal.
Pada masa
yang sama, terus terang ada insan-insan terdekat dengan aku yang buat aku
berasa jauh hati dan dipinggirkan. Terasa seperti tak wujud dalam kehidupan
masing-masing. Hidup ini memang akan rasa ‘down’ dan berat bila kita jauh dari
orang yang kita sayang, nak sayang, sayang sangat-sangat tapi itulah yang
menyisihkan kita. Mungkin aku saja yang
menganggapp begitu. Tapi apalah makna kehidupan yang terlihat indah di alam
maya andai di dunia nyata, andai yang paling kita harapkan untuk mengisi ruang
hidup kita, malah itulah yang menjadikan kita semakin jauh ditinggalkan.
Jadi, itulah
sebabnya aku mengambil keputusan drastik
dan signifikan macam ni untuk mengundurkan diri daripada dunia media sosial,
tujuannya adalah untuk mengawal diri, juga sebagai satu langkah untuk
membendung anxiety ni. So yeah.. langkah pertama selepas deactivate hamper semua
akaun media sosial, aku rasa lebih tenang, lega. Tak perlu dah nak rasa
pressure bila orang buat kita rasa down. Now its time for me to be more
appreciative towards myself.